Sujud syukur selepas dibebaskan, Along Cham akui penjara 'mencuci hati. 'Saya cuma hendak bersihkan nama yang difitnah'
DETIK penuh emosi menyaksikan pelawak dan pelakon Along Cham yang dilepas tanpa (DNAA) dibebaskan pagi ini atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.
Mengakui penjara jadi tempat bermubahasah, pelakon Sifu & Tongga dan Adnan Sempit itu mengakui keutamaanya kini ialah untuk membersihkan namanya yang tercemar akibat kes berkenaan.
"Saya anggap apa yang jadi ini sebagai dugaan dan masuk ke penjara adalah dobi untuk mencuci hati.
"Saya cuma hendak membersihkan nama yang telah difitnah," katanya yang sempat memeluk anak dan isteri di pekarangan mahkamah.
Dalam pada masa, pelawak berasal dari Johor Bahru itu mengakui tidak lemah semangat walaupun ramai yang bertepuk tangan ketika dirinya dipenjara.
Beliau juga merancang menghasilkan filem mengenai kisah hidupnya.
"Saya akan jadi lebih kuat dan tidak akan lemah semangat dengan ujian yang dihadapi.
"Cerita itu kisah benar fasal diri saya, sama ada cepat atau lambat nantikan sahaja," kongsinya.
DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad didakwa di Mahkamah Majistret, atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Pelawak berusia 41 tahun itu dikatakan sujud syukur dalam kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen di Sepang.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya memberitahu, hasil laporan kimia tertuduh, pendakwaan memohon pertuduhan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dipinda dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh atas Seksyen 39A (1) ADB 1952.
Mendengar perkara itu, Hakim Ahmad Fuad Othman memerintahkan Along dilepas tanpa dibebaskan.
"Pertuduhan kamu bawah seksyen ini (39A (2) DNAA, kamu akan dituduh di mahkamah majistret kerana pertuduhan kamu diturunkan," katanya.
MENGAKU TIDAK BERSALAH MILIKI DAN MEMASUKKAN KE BADAN
Sementara itu, Mahkamah Majistret Along mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dadah jenis kanabis dan memasukkan dadah ke badannya pada hari sama.
Mengikut pertuduhan pertama, pelawak itu didakwa dalam milikannya bahan berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, 3.10 petang, 14 Disember 2024.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum 39(a)(1) akta sama.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, 10 malam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 boleh dibaca bersama 38B akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Dua kes berkenaan disambung pada 7 April depan bagi serahan dokumen dan laporan kimia.
Sumber: mStar, Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang