'Kalau BASS kahwin, aku daki Gunung Kinabalu' – Respon Didi Astillah viral, curi tumpuan peminat

No Image Caption
A
A
A

MEDIA sosial sekali lagi kecoh dengan gelagat warganet yang tidak pernah kering idea mencuit hati.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pengguna membuat gurauan tentang pasangan yang sedang hangat diperkatakan, Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan berseloroh:“Kalau BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) kahwin, aku daki Gunung Kinabalu.”

Ungkapan spontan itu nyata mencuit hati ramai hingga berjaya mencuri perhatian hampir sejuta tontonan.

Namun, yang lebih menarik, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah turut sama ‘masuk line’ meninggalkan komen yang membuatkan peminat terhibur.

Didi menulis:“Cute, hahahaha. Tak salah pun kalau nak start training-training sikit dulu.”

Komen ringkas itu terus meraih hampir 15,000 tanda suka manakala video asal sudah pun mencecah lebih 900,000 tontonan dalam masa singkat.

Warganet pula tidak henti-henti membanjiri ruangan komen dengan gurauan balas yang lebih kelakar.

Situasi itu turut membuktikan, bagaimana media sosial mampu mencipta trend dan hiburan spontan.

Kandungan ringkas, reaksi pantas dan seloroh yang bersahaja cukup untuk mencetuskan fenomena.

Apa yang pasti, walaupun hubungan Bella dan Syed Saddiq tidak pernah disahkan secara rasmi, momen mesra mereka kerap mengundang perhatian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang