'Kenapa rasa nak buka tudung?' Kilafairy akui iman diuji, netizen doakan terus istiqamah

PELAKON jelita Kilafairy mendedahkan keimanan dalam dirinya semakin menurun dan mengalami kesukaran untuk istiqamah menuai perhatian warga mata.
Menerusi laman sosial Threads, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, berkongsi hantaran penuh sayu tentang keadaan dirinya yang terdetik untuk tidak lagi mengenakan hijab.
"Kenapa rasa macam nak free hair balik ni? Tapi bila fikirkan semula, kenapa saya nak please manusia?
"Patutnya saya kena buat semuanya untuk ALLAH, bukan manusia.
"Sekarang baru paham kenapa orang kata istiqamah itu susah," kongsinya.

Dalam masa yang sama, anak kepada penyanyi era 1980-an, Allahyarham Rohana Jalil itu juga beristighfar kerana imannya sedang diuji ketika ini.
Kilafairy yang pernah membintangi filem Karak dan Blok 404 itu juga memohon titipan doa daripada warganet agar terus dikurniakan kekuatan iman.
"Astaghfirullahaladzim, Ya ALLAH kuatkanlah iman aku. Tolong doakan saya.
"Hujung-hujung dah iman saya ini. Saya perlukan doa awak semua, doa mama dah tak ada," kongsinya.
Warga maya rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Kilafairy agar terus memelihara auratnya.

"Dear Kila, if you need someone to talk or need warm hug your fans ada. Please jangan tanggalkan tudung what ever happen. Please jangan, sebab Kila orang baik dan ALLAH sayang. Kila cuma perlukan seseorang untuk mendengar."
"Stay strong kakak. Istiqamah itu berat dan ada jatuh bangunnya. Lain orang lain ujiannya. Lets pray ALLAH guide us on the right path. I pray for you and all sisters with same struggling."
"Terus kuat ya. Ingat satu benda, kalau buka tudung hari ini, belum tentu esok masih hidup."
Terharu dengan komen netizen, anak bongsu tiga daripada tiga adik-beradik itu memuat naik fotonya yang sedang menangis.
"Ini saya (sedang menangis) selepas membaca DM (direct message) awak semua, I love you guys," tulisnya.
Sekadar info, Kilafairy mula berhijab pada Jun 2020 dan semenjak itu tampil dengan imej lebih tenang dan sejuk mata memandang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang