Kilafairy luah rasa rindu terhadap ibu tercinta, sambut Syawal dalam kesederhanaan. 'Saya tak beli baju raya, apalah erti tanpa arwah...'

SAAT hari kemenangan umat Islam semakin hampir, kemeriahan suasana perayaan kian terasa di setiap pelosok, menandakan ketibaan Syawal yang dinanti-nantikan dengan penuh kegembiraan.
Namun, bagi pelakon dan penyanyi Kilafairy, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya diisi dengan kegembiraan terasa hambar dan seakan-akan tiada serinya.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, anak kepada Allahyarhamah Rohana Jalil itu meluahkan isi hatinya apabila terasa kurang bersemangat untuk menyambut Aidilfitri, apatah lagi beliau masih belum membeli sepasang baju raya.
"Tak, saya tak beli baju raya. Apalah erti raya tanpa arwah ibu saya?" tulisnya.
Setiap kali Betty Rahmad puji masakannya, Mak Semah mesti segan. Katanya, banyak lagi makanan mewah di restoran, tapi tetap juga anaknya 'claim' air tangan ibu paling sedap!
Tapi jujur, setuju tak masakan ibu memang nombor syatu?
#MasakanIbu #BettyRahmad #AirTanganIbu #SinarPlus #LifestyleSinarHarian" />
Luahan tersebut jelas menggambarkan betapa dalamnya kerinduan Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, terhadap ibu tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi pada 20 Jun 2023 akibat kebocoran usus perut.
Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat perhatian orang ramai yang memahami perasaan kehilangan yang dirasai oleh bintang filem Karak.
Malah, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama sambil mengakui bahawa Syawal tidak lagi seindah dulu serta kurang bermakna tanpa kehadiran insan tersayang di sisi.
Tidak dinafikan, Aidilfitri sering dikaitkan dengan kegembiraan, namun bagi mereka yang kehilangan insan tercinta, ia juga menjadi detik paling sayu dan penuh rindu.
Semoga Kilafairy terus diberi kekuatan dalam menghadapi Syawal kali ini. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Rohana Jalil.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang