Kepenatan Diana Danielle turun naik mahkamah berakhir, Farid Kamil sah lafazkan cerai kali kedua. 'Masing-masing boleh terus memberi fokus kepada membesarkan anak...'

No Image Caption
A
A
A

PERGOLAKAN rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Lafaz cerai talak satu itu dilakukan oleh Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin, sekali gus mengesahkan perpisahan mereka secara rasmi.

Menurut peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.

"Sebentar tadi, kedua-dua belah pihak telah pun menyelesaikan dengan cara baik, Farid telah melepaskan Diana dengan talak satu buat kali kedua.

"Alhamdulillah, kami telah menyelesaikannya dengan cara baik," katanya selepas prosiding selesai.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) tidak sempat dibentangkan di mahkamah kerana Farid sendiri telah membuat keputusan untuk melepaskan Diana dengan rela hati.

Diana Danielle Danny Beeson, yang sebelum ini mengakui penat berulang-alik ke mahkamah, akhirnya meluahkan rasa syukur apabila prosiding hari ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.

"Ketika ini, masing-masing boleh terus memberi fokus kepada anak-anak serta membina jalinan persahabatan yang lebih baik selepas ini.

"Tiada apa lagi untuk diperkatakan kerana segalanya sudah selesai.

"Terima kasih kepada Farid kerana memberikan apa yang diinginkan," ujarnya.

Dalam masa sama, pemilik nama Farid Kamil Zahari turut berkongsi rasa lega dengan kesudahan kemelut yang melanda keluarganya sebelum ini.

"Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang penuh berkat ini, semuanya selesai dengan cara baik.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi ini dan kini kami boleh memberikan fokus kepada anak-anak.

"Apa yang terbaik adalah apa yang berlaku hari ini," katanya.

Untuk makluman, kemelut rumah tangga mereka mula menjadi perhatian ramai apabila Diana nekad memfailkan perceraian buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, mereka pernah bercerai talak satu buat kali pertama pada 10 Ogos 2023 menerusi Google Meet, namun kembali rujuk selepas 21 hari.

Sekadar rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkahwinan selama 13 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang