Farid Kamil enggan lafaz cerai, Diana Danielle sifatkan tindakan 'memualkan'. 'Jangan zalimi saya'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Diana Danielle menyifatkan perbuatan suami, Farid Kamil sebagai memualkan.

Usai dalam sesi sebutan pertama prosiding tuntutan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson sempat menzahirkan perasaan kecewa dengan tindakan Farid.

"Bagi saya tindakan Farid hari ini sangat memualkan. Saya rasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Dia berangan, walhal sudah tiada apa-apa lagi untuk kami selamatkan. Apabila saya rujuk dengannya selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba memperbaiki keadaan?

"Tetapi dia gagal untuk berbuat begitu. Apa perlu saya lakukan sekarang? Terus berharap?"

"Sudah terlalu banyak harapan, bagi saya ia membuang masa saya dan dia. Malah perkara ini tidak akan ke mana-mana kerana saya sudah bulatkan hati.

No Image Caption

"Tidak kira berapa lama masa yang akan diambil, saya mahu perceraian ini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Merasakan peluang yang diberikan tidak digunakan Farid, Diana memaklumkan akan membuat tuntutan nafkah.

"Apa yang penting sekarang ialah dia perlu faham bahawa tiada alasan lagi untuk dia tidak melepaskan saya.

"Seterusnya ialah saya akan membuat tuntutan nafkah kerana apabila dia memanjangkan isu, peluang yang diberi ini disia-siakan.

Dalammasa yang sama, pelakon Imaginur itu turut mengakui akan terus dengan keputusannya walaupun prosedur perceraian akan mengambil masa.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan Farid dan Diana melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Farid Kamil Zahari, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

No Image Caption

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Diana menfailkan penceraian buat kali kedua pada 4 November selepas mendakwa wujud pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak boleh diperbaiki.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula 21 hari kemudian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang