'Pukul, maki sebagai makanan harian...' Shila Amzah nasihat wanita jauhi lelaki pendera, elak terpedaya dengan rupa paras

No Image Caption
A
A
A

PENDEDAHAN Zahnita Wilson menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas 20 tahun perkahwinan meruntun hati ramai, termasuk penyanyi popular Shila Amzah.

Kisah itu bukan sahaja membuka mata masyarakat tentang realiti pahit yang dialami oleh sesetengah wanita, tetapi menjadi peringatan tentang isu keganasan rumah tangga yang sering dipandang remeh.

Pemilik nama Nurshahila Amir Amzah turut memberi sokongan kepada Zahnita dan mengakui betapa pentingnya untuk wanita mengenal pasti tanda-tanda awal keganasan rumah tangga.

Isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai MZ menasihati kaum Hawa yang lain agar tidak terpedaya dengan rupa paras atau kelembutan sementara pasangan masing-masing.

Menurutnya, lelaki sedemikian tidak akan pernah berubah, walaupun mereka sering kali meraih simpati dengan tangisan dan janji-janji palsu.

"Saya perlu berkata tentang ia berkali-kali, pendera tidak akan pernah berubah, sama ada muka tampan atau tak. Jangan biarkan anda dikaburi oleh fizikal mereka.

"Kononnya sedar akan perbuatan dia salah, dia akan melutut minta maaf sampai menangis-nangis macam filem hindustan,"katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Patah Seribu menasihati para isteri supaya mencari bantuan sebelum keadaan menjadi semakin buruk yang mana akhirnya menjadi mangsa keganasan.

Artikel Berkaitan:

"Sesetengah mungkin akan tinggal bersama (suami) pendera sebab selalu ingat tak ada jalan keluar.

"Jika tahu yang lelaki tu ada sejarah (tidak baik) dengan bekas kekasih (atau isteri), pukul dan maki sebagai makanan harian. Lari!," tulisnya dalam Instagram.

Anak kepada penyanyi ND Lala itu juga berkata, lelaki dengan masalah keganasan rumah tangga cenderung melayani isteri seperti puteri raja ketika keadaan baik, namun berubah sekelip mata dalam keadaan sebaliknya.

"Masa baik, dia akan layan macam 'princess', datang je gila dia, masa tu dia akan dera fizikal dan mental. Dan perkara itu berulang-ulang," ungkapnya lagi.

Dalam hantaran berasingan, Shila turut mendoakan agar wanita yang mengalami nasib serupa dapat bangkit dan melepaskan diri daripada kesakitan yang ditanggung.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, jika ada rakan atau anak perempuan yang tiba-tiba hilang tanpa khabar, carilah mereka kerana mungkin sedang menjadi mangsa keganasan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang