Kiah Propa kongsi berita duka, suami meninggal dunia
PELAKON Kiah Propa berkongsi berita duka bahawa suaminya, Mohamad Nazri Ismail, meninggal dunia.
"Mohamad Nazri Ismail, suami saya, baharu sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya.
"Arwah akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh sebelum Zohor," ujar Kiah.
Terdahulu, Allahyarham Mohamad Nazri dilaporkan menderita kanser leher.
Sekadar info, Kiah kembali rujuk dengan Nazri Ismail pada 16 November lalu selepas lelaki itu disahkan menghidap kanser leher.
Sebelum ini, Kiah dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun bernikah.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
