Lebih 9 bulan di Penjara Narathiwat, Eda Ezrin bebas- Keluarga adakan kenduri kesyukuran dan tahlil

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS lebih sembilan bulan meringkuk di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand atas tuduhan berkaitan dadah, Eda Ezrin akhirnya dibebaskan.

Pembebasan itu disambut penuh syukur oleh keluarga dan rakan terdekat, sekali gus menamatkan episod panjang penuh emosi yang dialaminya di negara jiran.

Memetik Sinar Harian, pemilik nama Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail itu dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.

No Image Caption

Bapa harap dapat sambut Aidilfitri bersama, pesanan Eda Ezrin buat ramai sebak. 'Jangan risaukan kami, tolong jaga dua anak saya'

Lima bulan di sebalik tirai besi, Eda Ezrin dan rakan akhirnya bebas tuduhan miliki pil kuda

Imbas kembali, Eda Ezrin dan lima individu lain ditahan oleh polis Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.

Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekarang ini sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum diserahkan kepada pihak penjara.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 5 petang waktu tempatan dimaklumkan beberapa pegawai imigresen sudah berada di penjara untuk mengiringi mereka ke sempadan Sungai Golok.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terlepas daripada penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Sementara itu, bapa Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu bebas hari ini.

Pembebasan Eda kata Wan Ismail membuktikan anaknya tidak bersalah.

No Image Caption

"Alhamdulillah, saya rasa gembira dan akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah malam esok.

"Bekas isteri iaitu ibu kepada Eda Ezrin akan menyambut kepulangan anak saya di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, air mata menitis tanpa henti selepas mengetahui puteri sulungnya itu dibebaskan pada jam kira-kira 2.20 petang Rabu.

"Alhamdulillah, sembilan bulan kami berada dalam keadaan yang sukar digambarkan memikirkan dia ditahan di Penjara Pusat Narathiwat.

"Hari ini Eda Ezrin dibebaskan.Saya belum memaklumkan lagi (berita pembebasan) kepada dua anaknya," katanya.

Sumber: Sinar Harian 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang