Lepas 7 bulan, Fatin Afeefa & suami dedah wajah anak, warganet kagum tahap privasi. 'Kami mahu jadi ibu bapa tenang'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fatin Afeefa mengejutkan ramai apabila akhirnya mendedahkan status zuriatnya bersama suami, Aliff Awang.

Sekian lama mengunci mulut, segala-galanya terungkai selepas secara terbuka mendedahkan anak lelaki mereka yang dinamakan Muhammad Jibril, tujuh bulan.

"Jadi mother father kena tenang-tenang kan? Hidup kena ada privasi, content kena sensasi. Zasss," titip Aliff yang turut dikenali sebagai Opai.



Terdahulu, bapa muda itu memuat naik foto bersama seorang bayi.

No Image Caption



"Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang comel, bijak dan bersemangat," kongsinya.

Opai dalam masa yang sama memaklumkan beliau berkongsi kelahiran anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isteri.

"Esok akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.

No Image Caption



"Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.

Artikel Berkaitan:

"Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu," katanya.



Sementara itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, turut berkongsi sekeping gambar anak-anaknya di Insta Story bersama si kecil itu bayi tetapi bahagian wajah ditutup.

No Image Caption



Terdahulu, pernah timbul spekulasi pelakon Tentang Bulan itu sedang hamil selain timbul desas-desus mengatakan beliau sudah melahirkan cahaya mata.

Sekadar info, Fatin dan Opai diijabkabulkan pada Disember 2022.

No Image Caption



Menerusi perkahwinan pertama, Fatin sudah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang