'Lumrah anak seni, tapi saya takkan berhenti berkarya” – Fattah Amin fokus kerjaya, serah isu fitnah kepada pengurusan

No Image Caption
A
A
A

MENYUSURI dunia glamor yang penuh sorotan lensa dan mata netizen, pelakon popular Fattah Amin sekali lagi menjadi perhatian selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai dakwaan tidak berasas di media sosial.

Tidak mahu melatah atau memburukkan keadaan, Fattah  tang baharu memenangi  Selebriti Maskulin Terhangat menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) tampil tenang dan profesional dalam memberi kenyataan balas terhadap isu yang semakin tular.

Baginya, fitnah bukan perkara baharu dalam dunia seni, namun itu bukan bermakna ia perlu dibiarkan berleluasa.

No Image Caption

"Pihak pengurusan saya sudah perasan tentang perkara-perkara ini.

"Malah ada juga peminat yang prihatin dan hantar mesej, kongsikan kepada kami.

"Saya sangat hargai keprihatinan semua," ujar Fattah.

Menurut bapa kepada Nur Fatima Aisya itu lagi, segala tuduhan tidak berasas dan cerita tidak sahih yang tersebar ketika ini sudah pun dalam proses tindakan undang-undang oleh pihak pengurusannya serta barisan peguam yang dilantik.

“Benda-benda yang tak elok, yang berunsur fitnah, memang kami akan ambil tindakan.

"Dan sekarang bukan setakat dipertimbangkan, tapi memang tengah diuruskan,” jelasnya.

Sebagai seorang anak seni yang sudah lebih sedekad dalam industri, pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin mengakui, gosip dan kontroversi ibarat asam garam dalam kerjaya seseorang selebriti.

Namun apabila sesuatu perkara itu berpotensi mencemarkan nama baik dan kredibilitinya, tindakan wajar harus diambil.

“Kalau pihak pengurusan saya rasa perkara ini beri kesan terhadap kerjaya saya, memang wajib ambil tindakan.

"Kita ada undang-undang di negara ini dan saya yakin pada sistem itu," jelasnya.

CALAR NAMA

Duta produk Rissa Skin dan Orang Kampung itu turut membayangkan, memang wujud segelintir pihak yang sengaja mahu menjatuhkan namanya, namun dia memilih untuk bersikap terbuka dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa dan pasukan pengurusannya.

“Ya, memang ada pihak yang cuba nak calarkan nama saya. Tapi saya tak takut.

"Yang penting, saya akan terus bekerja seperti biasa untuk klien dan peminat-peminat saya," tegasnya lagi.

Apabila ditanya sama ada dia kesal dengan penyebaran cerita-cerita lama yang dimanipulasi kembali, ini jawapan tusn punya badan.

“Kesal tu... saya rasa ini lumrah sebagai selebriti. Kita tak boleh harap 10 atau 15 tahun dalam industri ini semuanya positif.

"Ada masa, ada orang yang tak senang tengok kejayaan orang lain.

"Tapi saya takkan terlalu fokus pada benda-benda tu," ungkapnya penuh makna.

No Image Caption

LANDASAN UNDANG-UNDANG 

Bagi Fattah, keutamaan kini ialah untuk terus memberi yang terbaik dalam kerjaya, menjaga hubungan dengan peminat dan memastikan reputasinya tidak tercalar dengan fitnah yang tidak berasas.

Dengan pendekatan profesional dan bersandarkan pada landasan undang-undang, Fattah jelas tidak akan berdiam diri jika nama baiknya terus dijadikan bahan permainan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus bekerja. Benda-benda yang tak betul ini, kita serah pada pengurusan dan undang-undang.

"Kalau cerita-cerita macam ini mula mengganggu kerjaya saya, memang akan ada tindakan,” tegas Fattah.

Semoga pelakon ini terus kuat mendepani cabaran dunia hiburan dan kekal memberi inspirasi kepada peminat dengan sikap matang serta profesionalismenya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang