'Macam-macam rasa ada sekarang.'- Kamal harap penyelesaian terbaik, Uqasha kekal dengan keputusan mahu berpisah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Kamal Adli mengharapkan penyelesaian terbaik berhubung kemelut rumah tangganya dengan isteri yang juga aktres popular, Uqasha Senrose.

Kemunculannya di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi turut ditemani teman rapat serta peguam syarie yang mewakilinya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Kamal tiba pada jam 9.34 pagi dengan wajah yang jelas membawa beban emosi yang dipendam sejak rumah tangga mereka mula diperkatakan.

“Macam-macam rasa ada sekarang,” katanya ringkas ketika ditemui media.

Menurut pelakon itu, pertemuan hari ini adalah kali pertama dia bersemuka dengan isterinya selepas lebih dua bulan tidak berhubung.

No Image Caption

“Masih tidak berhubung. Semuanya (komunikasi) masih menerusi surat-menyurat dan peguam. Selepas dua bulan lebih, ini pertama kali saya berjumpa Uqasha.

“Saya harap ada penyelesaian terbaik sebab tak dapat berjumpakan. Tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya.

Dua minit sebelum ketibaannya, Uqasha sudah memasuki pekarangan mahkamah. Aktres itu tampil tenang dan hanya mengucapkan: “Alhamdulillah sihat. Doakan yang baik-baik untuk hari ini. Terima kasih.”

Ketika diajukan soalan mengenai ketegasannya untuk berpisah, pelakon itu hanya mengangguk, menandakan pendirian yang masih tidak berganjak.

Rumah tangga pasangan selebriti ini dikatakan mula bergolak sejak April lalu, namun sumber terdekat menafikan ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dan menetap bersama ibunya.

No Image Caption

Dalam prosiding hari ini, Uqasha diwakili peguam syarie terbaharu, Muhammad Syazmee Bin Sapian, yang mengambil alih selepas peguam sebelumnya, Nurfarhana Abdul Manap, menarik diri daripada kes tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang