Mangsa letupan gas Putra Heights peluk Mekyun, menangis terkenang banjir 2021, kini rumah rosak lagi

No Image Caption
A
A
A

DALAM keseronokan bersama keluarga menyambut Aidilfitri yang memasuki hari keempat, Malaysia dikejutkan dengan kejadian luar biasa apabila paip gas bocor, menyebabkan berlakunya letupan besar di Putra Heights pada hari raya kedua yang lalu.

Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa, yang ramai ditempatkan di pusat perlindungan sementara, Mekyun mengambil inisiatif membantu meringankan beban mereka dengan menyumbangkan barangan keperluan.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam, kelihatan pempengaruh media sosial itu membeli-belah dalam jumlah yang banyak, termasuk barangan permainan untuk anak-anak yang ditempatkan di Masjid Putra Heights.

No Image Caption

“Mekyun datang sendiri melihat keadaan mangsa kebakaran di Putra Heights. Sedih kerana mungkin apa yang Mekyun beri tidak boleh menggantikan apa yang hilang, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban mereka.

“Kalau ada sesiapa yang ingin membantu, anda semua boleh datang ke sini. Setiap pertolongan, walau sekecil mana pun, boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup mereka. Hari ini mereka diuji, esok mungkin hari kita. Paling penting, kita jaga kita,” katanya.

Untuk makluman, seramai 390 orang mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara akibat kejadian ini.

Ada mangsa yang terlibat menceritakan bahawa kawasan perumahan mereka pernah terjejas teruk akibat banjir besar pada tahun 2021, dan kini rumah mereka ada yang rosak sepenuhnya akibat tragedi letupan berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang