Mesej terakhir pada suami 'I met stranger', pelakon Nadia Kesuma hilang di Jeddah

No Image Caption
A
A
A

PELAKONGerak Khas dan filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan kerana gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah malam semalam. 

Nadia yang ke Jeddah atas urusan umrah ziarah sebelum ke London dan Paris tidak mendaftar masuk untuk penerbangan sambungan ke London seperti dijadualkan. 

No Image Caption

Rakan baiknya yang juga pelakon dan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah berkata Nadia berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian.

Menurutnya sebaik tiba di Jeddah, Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya memaklumkan dia selamat sampai. 

Lebih membimbangkan mesej terakhir yang dihantar Nadia kepada suaminya dipercayai memberi bayangan bahawa beliau mungkin berdepan situasi cemas. 

No Image Caption

"I met a stranger" - Itu mesej terakhir daripadanya.

Artikel Berkaitan:

Anne berkata satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat untuk membolehkan siasatan dan usaha pencarian dijalankan melalui pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan. 

Keluarga serta rakan-rakan memohon orang ramai mendoakan agar pelakon berkenaan ditemui secepat mungkin dalam keadaan selamat.

Nadia atau nama penuhnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim turut membintangi filem Kudeta dan drama bersiri Suri Hati serta Bintang- Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang