Pelayaran mewah pertama dunia bawa jemaah tunaikan umrah dalam sentuhan moden

No Image Caption
A
A
A

SEINDAH mimpi, kini ia jadi nyata. Sebuah perjalanan yang bukan sekadar bercuti, tetapi menyulam kemewahan, warisan dan ibadah dalam satu pengalaman berlayar.

Dari dek kapal yang luas, angin laut menyapa wajah, dan di ufuk timur, matahari perlahan-lahan muncul seakan mengiringi doa-doa yang terucap di lautan biru.

Itulah pengalaman unik yang dibawa oleh AROYA IslamiCruise, pelayaran umrah pertama seumpamanya di Malaysia.

Bukan hanya sebuah pelayaran biasa, tetapi satu perjalanan yang membolehkan anda menikmati momen santai bersama keluarga dan rakan, sambil menuju ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah.

Selama 16 hari 15 malam, kapal yang mampu menampung lebih 3,300 tetamu tampil dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia termasuk kabin luas dengan balkoni peribadi, ruang santapan eksklusif serta fasiliti mesra keluarga.

No Image Caption

Tetamu akan dibawa merentasi laluan yang pernah dilalui jemaah terdahulu, Malaysia, Oman, Maldives, Banda Aceh – sebelum tiba di Arab Saudi. Ada sesuatu yang romantik dan penuh sejarah dalam laluan ini.

Seolah-olah menghidupkan kembali jejak perjalanan jemaah zaman silam, cuma kali ini dengan suasana lebih selesa dan moden.

Pengarah Projek AROYA IslamiCruise, Ab Rahman Mohd Ali, menyifatkan pelayaran itu sebagai momen penuh makna.

No Image Caption

"Inilah masa untuk berehat, menghayati ketenangan dan menghadiahkan pengalaman berharga kepada insan yang kita sayangi. Tidak sekadar memanjakan diri, tetapi juga menyuburkan jiwa.

“Laluan ini bukan sebarangan. Ia menelusuri kembali jejak perjalanan para jemaah terdahulu yang pernah mengembara dengan kapal menuju Tanah Suci. Bezanya, kali ini dalam suasana penuh keselesaan dan kemewahan moden.

“Anak-anak, berikanlah peluang kepada ibu bapa anda untuk merasai pengalaman istimewa ini. Ia bukan sekadar bercuti, tetapi hadiah bernilai untuk jiwa dan raga mereka," ujarnya.

Menariknya, selain hiburan dan santapan mewah, pengisian rohani oleh Ustaz Wadi Anuar (Malaysia) dan Ustaz Abdul Somad (Indonesia) akan membimbing tetamu dengan perkongsian ilmu, tazkirah serta bimbingan rohani.

No Image Caption

Lebih menarik lagi, tetamu berpeluang berjemaah Subuh, Maghrib dan Isyak di atas dek, ditemani bunyi ombak dan panorama langit yang berubah warna. Ia benar-benar menjadikan setiap saat terasa penuh dengan keinsafan dan ketenangan.

Malah, pengalaman berkenaan juga melibatkan tiga hari dua malam di Mekah, memberi ruang kepada setiap tetamu menunaikan umrah dalam keadaan yang teratur sebelum kembali menyambung pelayaran.

Ada pilihan sama ada mendahulukan umrah sebelum berlayar atau menikmatinya di pertengahan perjalanan. Fleksibiliti inilah yang menjadikan pengalaman ini berbeza dengan apa jua percutian lain.

Tempahan pelayaran dikendalikan melalui lima agensi umrah dan haji utama di Malaysia, antaranya Tabung Haji Travel & Tours (THTS), Andalusia Travel & Tours, Rayhar Travel & Tours, Jay Ibrahim Travel dan Insaff Travel.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang