Mulia hati! Norish Karman, ambil 4 anak angkat sejak PKP. ' Tak rasa diri baik tapi mereka perlukan seorang ibu’

No Image Caption
A
A
A

BAIKNYA hati pelakon Norish Karman. Sifat keibuannya terserlah selepas sanggup mengambil empat orang kanak-kanak sebagai anak angkat biarpun beliau sendiri adalah ibu tunggal.

Dalam audio siar Tanah Berdaulat TV, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 50, berkongsi kisah pilu membantu empat beradik yang hilang tempat untuk bergantung ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19.

"Pada Jun 2020 iaitu ketika Covid-19 saya dapat panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), meminta bantuan saya untuk menjaga empat orang kanak-kanak.

"Suaminya sudah tiada, mereka bercerai. Si isteri adalah ibu tunggal yang telah terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

"Dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara," katanya.

Pelakon Sayang Salmah itu mengakui dirinya tersentuh dan hatinya terbuka untuk mengambil keempat-empat anak kecil itu sebagai anak angkat selepas anak-anak kandungnya sendiri memberikan galakkan.

Norish ketika rakaman audio siar bersama Syahril A. Kadir.
Norish ketika rakaman audio siar bersama Syahril A. Kadir.

"Selepas saya mendapat panggilan pada pagi itu, semua solat sunat termasuk istikharah dan pelbagai zikir saya lakukan, berfikir sama ada nak ambil mereka atau tidak.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian anak-anak saya kata, ‘tolonglah ambil mereka bonda, yang lain-lain kita fikirkan kemudian..rezeki datang daripada ALLAH’.

"Saya tak rasa diri saya baik tetapi saya rasakan anak-anak ini memerlukan seorang ibu," luah Norish.

Bekas peserta Pengacara Jemputan Nona pada pertengahan 1990-an itu sempat mengimbas kembali detik ketika dirinya mengambil kanak-kanak tersebut di kediaman mereka.

"Saya memandu empat jam ke Kuala Kempis, Negeri Sembilan. Dalam Felda, dalam hutan.

No Image Caption

"Mereka belum makan dan saya sampai hampir pukul 9 malam. Ada sijil kelahiran mereka yang ditinggalkan lalu saya pun bawa balik mereka.

Ketika dalam perjalanan saya fikir macam-macam. Kalau polis tahan masak, mereka mesti kata aku menculik," katanya.

Kini keempat-empat mereka iaitu Hasbi Fadullah, 13, Hasya Farahiya,11, Haziq Fadillah, 10, dan Hazra Farisya, 5 di bawah jagaannya.

Lima tahun berlalu, Norish mengakui tidak menyorokkan status mereka sebagai anak angkat sebaliknya memaklumkan perkara yang sebenar.

"Saya tak pernah berbohong kepada mereka melainkan yang kecil kerana dia belum tahu apa-apa.

"Yang tiga lagi tu saya katakan kepada mereka, mereka perlu tahu dari mana asal mereka supaya mereka tidak lupa.

"Kami semua tidak pernah kisah dari mana asal-usul kerana yang penting apa yang mereka akan jadi suatu hari nanti," ujarnya.

Sekadar info, pelakon Spa Q itu pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir namun berpisah pada 15 Julai 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25, Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20, dan Haq Alexander, 13.

Sumber: TikTok Tanah Berdaulat TV


Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.

Siapa yang tak nak bahagia, kan!

Lebih-lebih lagi bila tengah sakit, kanser pula tu. Jadi, normal lah bila beliau berharap punya suami yang boleh menemani dan menjadi tempat untuknya bergantung harap, kan!

Rupa-rupanya sudah 17 tahun beliau bergelar ibu tunggal, kenapa agaknya anak kelahiran Sabah itu masih solo sedangkan usianya baharu 38 tahun.

Katanya bukan tidak mencari, bahkan dalam tempoh tersebut pernah bertemu. Nak tahu lebih lanjut, dengarkan perkongsian beliau bersama SinarPlus.

#coversinarplus #azharinaazhar #elegisepi #penyanyi #komposer #ibutunggal #pejuangkanser #kanserrahim #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: AZHARINA AZHAR (@azharina_a)

Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)

Foto: ASRIL ASWANDI

Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang