'Mungkin belum rezeki kita...' Shuib & Mamat Sepah tunda hasrat ke Tanah Suci, mohon identiti tidak disalahguna agensi umrah

No Image Caption
A
A
A

HASRAT pelawak Shuib dan Mamat Sepah untuk menunaikan umrah pada bulan puasa tahun ini tidak kesampaian.

Ini berikutan syarikat agensi umrah yang dipilih baru-baru ini viral kerana gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.

Dalam satu perkongsian di media sosial miliknya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilihat sedang bercakap dan memujuk Mamat agar tidak bersedih dengan keputusan tersebut.

No Image Caption

Menurut Shuib, keputusan tersebut dilakukan kerana terdapat pelbagai masalah yang timbul.

“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni”. Mulanya semua nampak okay untuk berkerjasama tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul.

"Jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama travel agensi tersebut," katanya menerusi laman Instagram pada Rabu.

Identiti tidak disalahguna

Pada masa sama, beliau turut berharap agar identiti mereka tidak disalahgunakan untuk tujuan tertentu.

No Image Caption

"Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi. Insya-ALLAH ada rezeki lain Mat,kita doa ada agensi yang lebih sesuai boleh bawa kita pergi umrah Mat," ujarnya lagi sambil meminta pandangan ramai berkenaan agensi yang boleh dipercayai.

Terdahulu, Mamat meluahkan rasa syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buatnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang