Peguam dedah Fattah belum sedia lepaskan Fazura. 'Daddy will always love you two'
PEGUAM syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah Amin, 34, berkata, aktor itu belum bersedia melepaskan isteri, Nur Fazura Sharifuddin, 41.
Kata Zulkifli, pihak Fattah dan Fazura akan membincangkan isu rumah tangga secara baik dan sedaya upaya memberikan keputusan muktamad dalam beberapa perkara.
Ujarnya lagi, adalah tidak wajar bagi anak guamnya menyatakan sebarang fakta kerana akan menimbulkan prejudis kepada kes yang sedang berlangsung.
"Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes.
"Saya ingin menjelaskan secara umum mengenai kenyataan yang sudah dikeluarkan kepada pihak kami dalam mahkamah sebentar tadi selepas ditanya oleh pihak mahkamah.
"Pihak defendan, iaitu Fattah setakat ini belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. lni kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu.
"Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai," ujarnya kepada pemberita usai prosiding kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Dalam pada itu, Zulkefli berkata, perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.
"Saya berdoa kepada agar kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan.
"Sekiranya demikian, pihak defendan (Fattah) akan menyatakan pendiriannya untuk perceraian secara baik pada tarikh akan datang, iaitu 7 Oktober," kata Zulkefli.
Pelakon Suri Hati Mr Pilot itu dalam temu ramah bersama media mengakui masih menyayangi isterinya.
Dalam hantaran Instagram terbaru, Fattah sempat memuat naik foto terakhir Fazura yang dirakamnya bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya.
"Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two. #lastpicturetaken," kongsinya.
Imbas kembali, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang