'Sebagai isteri dan ibu, saya harap yang terbaik.' Sebutan kes permohonan cerai Fazura ditangguh 7 Oktober, selesai cara baik tanpa JKP

No Image Caption
A
A
A

"SEBAGAI isteri dan ibu, saya harap yang terbaik."

Demikian ujar pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 41, selepas sebutan kes permohonannya kepada aktor Fattah Amin.

Fazura kelihatan tenang tidak mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dilalui ketika ini.

"Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Saya berserah kepada ALLAH," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari turut dihadiri Fattah dan peguamnya, Zulkifli Che Yong.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan pihaknya akan meneliti cadangan yang diterima daripada pihak Fattah dan butiran cadangan tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci.

“Baru dapat cadangan, tak boleh baca dan belum sedia untuk berbincang dalam masa yang singkat. Kita tak boleh nak teruskan pada hari ini.

“Bukan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada pagi ini, kita boleh selesaikan dengan cara baik tanpa perlu JKP.

No Image Caption

“Cadangan itu tidak boleh dikongsi, kalau JKP Mahkamah sudah boleh teruskan tadi. Kita akan cuba selesai cara baik tanpa perlu proses JKP,” katanya.

Menurut Fakhrul, kes berkenaan akan ditangguhkan pada 7 Oktober 2024.

“Tarikh 7 Oktober kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan dengan apa yang patut.

“Perbincangan itu untuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan sama ada bercerai atau sebaliknya,” katanya.

Fazura dalam masa yang sama menyatakan pendiriannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang menyebarkan fitnah isu curang susulan tindakannya memfailkan penceraian.

No Image Caption

Fakhrul berkata anak guamnya terkilan dengan kenyataan fitnah dan mereka telah mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.

“Susulan itu, kita akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk saman sivil, secepat mungkin.

“Kita telah mengenal pasti beberapa individu terbabit,” katanya.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memohon untuk bercerai mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menerusi peguamnya.

Katanya, Fazura tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai konflik rumah tangga di mana-mana media sosial.

Malah menurut Fakhrul, anak guamnya itu juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai isu curang sebaliknya, diutarakan oleh beberapa individu yang membuat ulasan dalam media sosial.

Untuk rekod, pasangan popular dengan singkatan Fattzura itu sudah tujuh tahun berumahtangga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang