'Mungkin takdir tertulis sampai di sini saja...' - Nubhan nafi isu rumah baharu, pilih tinggal berasingan demi anak

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, akhirnya tampil memperjelas kemelut rumah tangganya dengan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang kini dalam proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad Hassan, 39, Afifah sedar dan mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangganya, malah perkara itu telah lama dibincangkan bersama isteri serta keluarga wanita itu.

“Saya dah pernah berbincang perkara ini banyak kali. Saya juga dah berjumpa bapa dan mak ciknya, bercerita tentang masalah yang berlaku serta pernah bawa dia berjumpa pakar rumah tangga.

"Kalau dia kata tidak tahu, itu adalah tidak wajar. Saya pun tak mahu cakap banyak kerana takut perkara yang tak baik akan keluar.

"Kami pernah tinggal bersama selama 10 tahun, jadi biarlah saya simpan semua kisah ini," ujarnya.

Nubhan memilih untuk menyimpan permasalahan sebenar rumah tangganya.
Nubhan memilih untuk menyimpan permasalahan sebenar rumah tangganya.

Tambah Nubhan, selepas menilai semua aspek dan mempertimbangkan masa depan anak-anak, dia akhirnya reda dengan keputusan yang diambil.

“Tempoh 10 tahun bukan sekejap... mungkin takdir dah tertulis sampai di sini sahaja," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, tahun.

Rumah di Dengkil

Mengulas dakwaan bahawa dia memiliki rumah lain di Southville, Dengkil, Nubhan menjelaskan kediaman itu bukan milik kekal sebaliknya disewa atas sebab tertentu.

Katanya, langkah untuk tinggal berasingan bukan berpunca daripada masalah kewangan atau hubungan dengan isteri, sebaliknya bagi menjaga emosi anak-anak agar tidak terkesan dengan sebarang pertelingkahan.

Demi menjaga emosi anak-anak, Nubhan bertindak menyewa rumah di Dengkil.
Demi menjaga emosi anak-anak, Nubhan bertindak menyewa rumah di Dengkil.

“Rumah itu saya tak beli tetapi sewa... Disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri. Saya tak mahu apabila kami bergaduh, ia dilihat oleh anak-anak.

"Saya nak jaga emosi anak-anak dengan baik. Jadi, saya keluar dari rumah supaya keadaan dapat dikawal,” katanya sebak.

Mahkamah telah menetapkan 2 Disember ini bagi mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai selepas beberapa sebutan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Nubhan merupakan antara 13 peserta yang menyertai Gegar Vaganza musim ke-12 yang bakal bermula 2 November ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang