Dr Afifah akui Nubhan dan ibu pendorong jadi doktor gigi, nikah tahun akhir. 'Dia selalu datang melawat saya di Mesir'
UNTUK bergelar seorang doktor gigi bukan sesuatu yang mudah, namun Dr Afifah Hidayah, isteri kepada penyanyi terkenal, Nubhan tampil menceritakan semula pengalaman tersebut dengan penuh syukur.
Dr Afifah atau nama sebenarnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq menerusi sebuah video pendek sedutan daripada Gigi & Jiwa Podcast berkongsi ibunya, Dr Zailah Zainudin dan Nubhan adalah penguat semangat.
“Cita-cita nak jadi doktor gigi sebenarnya cita-cita mak saya. Tapi mak tak nak saya belajar di Malaysia tapi nak saya lanjutkan pengajian ke luar negara.
“Alhamdulillah, bila saya sampai di Mesir agak berat juga nak jadi doktor gigi sebab banyak perkara perlu belajar tapi dekat sana adalah main-main juga.

“ALLAH dah takdirkan saya di Mesir untuk belajar jadi kurang sikit hiburan maka jadilah saya sebagai seorang doktor gigi,” katanya.
Dr Afifah turut berkongsi bahawa melalui fasa pertunangan dan perkahwinan ketika masih bergelar pelajar telah menjadi pemangkin semangat untuk menamatkan pengajian tepat pada masanya.
Bernikah ketika masih di tahun akhir pengajian ternyata membawa hikmah yang tidak disangka-sangka.
“Turning point saya untuk belajar lebih rajin untuk jadi doktor gigi apabila saya sudah bertunang pada tahun akhir pengajian.
“Saya bertunang dua tahun sebelum graduasi dan kahwin setahun sebelum graduasi. Ketika itu saya fikir, kalau saya tak lulus, saya tak boleh balik Malaysia sebab dah nak kahwin,” tuturnya.
Katanya lagi, ibunya dan Nubhan merupakan tulang belakang sebab utama untuknya menamatkan pengajian di Mesir.

“Walaupun main-main, tak study hard sangat tapi senang lulus. Tak tahulah mungkin sebab orang kata rezeki kahwin ini lain.
“Nubhan juga selalu datang melawat saya dekat Mesir, dia datang seminggu sebelum peperiksaan, tapi Alhamdulillah lulus.
“Mak dan Nubhan menjadi tulang belakang saya untuk menjadi doktor gigi,” tambahnya lagi.
Dr Afifah sebelum ini pernah bertugas sebagai doktor gigi di Klinik Pergigian Seremban namun memutuskan untuk meletakkan jawatan pada 31 Oktober 2020.

Beliau kemudian membuka klinik pergigian yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Buat masa ini, Dr Afifah dan Nubhan sedang menghadapi kemelut rumahtangga.
Penyanyi itu juga didakwa melafazkan cerai buat kali kedua terhadap isterinya pada Ogos lalu.
Permohonan pengesahan penceraian dan rujuk mereka akan berlangsung pada 2 Disember depan.
Terdahulu, Nubhan melafazkan talak pada tahun 2017, namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.
Sekadar info, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
