'Rajin layan, patut suka anak ramai.' Gelagat Zaquan Adha sekeluarga main game untuk dapat duit belanja sekolah raih pujian

SETELAH sebulan bercuti, akhirnya anak-anak kembali memulakan sesi persekolahan baharu sejak semalam bagi negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Bukan sahaja anak-anak, tetapi ibu bapa juga turut merasai debaran menghadapi hari pertama persekolahan.
Semalam, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha sempat memuat naik video di Instagramnya gelagat bersama anak-anak bermain permainan melantun bola pingpong ke dalam bekas bekas bagi menentukan duit belanja sekolah.

Dalam video tersebut, anak yang berjaya memasukkan bola ke dalam bekas paling awal akan menerima duit belanja sebanyak RM10, manakala tempat kedua akan mendapat RM5.
Akhirnya, anak kedua beliau, Muhammad Aisy Aryann berjaya memasukkan bola ke dalam bekas tersebut terlebih dahulu dan memperoleh RM10 sebagai duit belanja.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji cara si ayah melayan anak-anak. Tidak kurang juga yang mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilimpahi kasih sayang.
Dia suka melayan anak2-anak dia patut suka anak ramai..
Bestnya. Ayah yang baik sentiasa ada je aktiviti dgn anak2. Semoga ALLAH kuatkan kasih sayang family ni. Aamin ya rabbal Alamin.
Hahaha comel je semua. Yang sorang tu tak puas hati betul abang dia dapat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang