'Ramai yang kenal, semua panggil sayang.'  Ameera Khan akui masih solo, ibu nasihat pilih yang terbaik

No Image Caption
A
A
A

SEBUT sahaja nama Ameera Khan, pasti ramai kenal, kan!. Beliau bukanlah pelakon mahupun penyanyi tanah air, namun ada sahaja topik hangat mengenai pempengaruh media sosial yang satu ini.

Sebagaimana kakaknya yang merupakan selebriti terkenal, Neelofa, si adik yang mesra disapa Little Miss Khan itu juga memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Manakan tidak, beliau sebelum itu pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan FD Idzham namun akhirnya terputus di tengah jalan.

FD Idzham kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Puteri Afzan, dari kerabat diraja Pahang.

Pemilik nama Nur Ameera binti Abdul Halim Khan Khan itu baru-baru ini mengakui walaupun mempunyai ramai kawan lelaki, namun beliau masih solo dan belum ada kekasih.

Menurut ibunya, Noor Kartini, ada yang berasal dari London dan Arab. Semua pun dipanggil dengan panggilan manja macam 'sayang' dan 'my love'.

“Mama kata, saya perlu ada lapan teman lelaki, jadi sehari satu, dan seorang lagi sebagai backup jika ada yang sibuk!

Nasihat dari SinarPlus untuk semua, tanpa mengira jantina, adalah untuk terus menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja. Kenali hati budi masing-masing dan pilih pasangan hidup yang terbaik! Teruskan bersosial dan ceria selalu!

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang