Romantis! Fattah Amin serah ‘kunci’ kepada Amira Othman simbolik tanda lamaran, bakal nikah 14 September!

No Image Caption
A
A
A

KISAH cinta selebriti sering jadi tumpuan, tapi perjalanan Fattah Amin dan Amira Othman membawa sentuhan yang berbeza. Dari rakan sekerja biasa, mereka berkembang menjadi pasangan yang saling menghormati dan akhirnya bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

Pada 8 September 2025, dalam majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris, berjudul "Rasa & Takdir", Fattah Amin membuat kejutan romantis.

Ketika Amira dan Irfan sedang menyanyikan lagu tersebut, suasana dewan berubah apabila Fattah muncul dari belakang pentas.

Di penghujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah, yang kemudian diserahkan kepada Amira sebagai tanda lamaran dan komitmen. Fattah dengan penuh emosi berkata, "Dari rakan sekerja ke rakan serumah."

Pasangan tersebut mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin pada 14 September 2025, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35. Majlis pernikahan akan berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru.

Untuk membolehkan peminat turut sama meraikan hari bahagia mereka, Unifi TV bakal menyiarkan majlis Ijab Kabul secara eksklusif melalui aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi (Saluran 118) pada 14 September 2025, jam 8.00 malam.

"Kami ingin menjemput semua untuk menyaksikan secara langsung majlis pernikahan kami, Setulus Takdir: Fattah Amira, eksklusif hanya di aplikasi Unifi TV 2.0," ujarnya.

Gambar sumber: Aqo Imran
Gambar sumber: Aqo Imran

Sementara itu, Amira menambah,

"Jangan risau, seluruh rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma. Buat masa ini, persiapan sedang giat dijalankan dan kami memohon doa daripada semua agar segalanya dipermudahkan serta berjalan lancar."

Dalam sidang akhbar itu juga, Amira turut ditanya kenapa duda anak satu itu menjadi pilihannya.

"Fattah seorang lelaki yang baik, penuh tanggungjawab dan penyayang," ujarnya ringkas

Sementara Fattah pula memuji Amira sebagai seorang yang penuh adab, sopan santun dan baik juga. Perkongsian ini menunjukkan bahawa hubungan mereka bukan sahaja berasaskan cinta, tetapi juga penghormatan dan kekaguman antara satu sama lain.

Acara tersebut turut disaksikan oleh ibu bapa Amira, Othman Abdul Kadir dan Nora Haji Arshad, yang duduk di barisan penonton.

Fattah turut berkongsi bahawa proses pernikahan sehingga ke resepsi adalah keputusan bersama mereka, menunjukkan pasangan ini saling menghormati dalam setiap langkah penting kehidupan.

Terdahulu, hubungan merpati sejoli itu menjadi panas apabila seorang pengguna Threads iaitu Kimchikims_  mendakwa mendapat maklumat pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga daripada sumber boleh dipercayai.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang