Saharul Ridzwan masuk hospital di hari lahir isteri, akui hikmah kasih sayang ALLAH di sebalik ujian. 'Betapa kuat & ikhlasnya dia...'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/01/13/thumbs/900x900/2964841.jpg)
DIUJI masalah kesihatan, pelakon Saharul Ridzwan sebak berkongsi dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada Ahad.
Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 36, meluahkan rasa kasihan terhadap isterinya, Deena Emir yang terpaksa membahagikan masa menjaganya di hospital selain menguruskan cahaya mata.
"Dalam kesusahan, aku nampak kasih sayang ALLAH melalui isteri yang tak pernah penat menjaga.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/01/13/2964838.jpg)
"Aku sedar ALLAH bagi peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia," titipnya di Instagram.
Tidak mendedahkan keadaan kesihatan yang dialami sehingga perlu ditahan di wad, kata Saharul kesakitan dialaminya ketika ini membuatkankan beliau sedar kepentingan menjaga dan nikmat sebuah kesihatan.
Artikel berkaitan:
- Dulu kereta mewah, kini pelakon Saharul Ridzwan jual rumah pula. 'Dengan pengorbanan akan datang kemanisan'
- Dunia seni bukan lagi keutamaan Saharul Ridzwan
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/01/13/2964840.jpg)
"Nikmat kesihatan itu memang tak ternilai. Bila ALLAH tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti
"Kadang-kadang nikmat yang ALLAH bagi itu kita tak nampak... Apabila diuji barulah kita mula perasan kasih sayang-NNYA ada di sebalik semua kesakitan.
"Semalam (Sabtu), asbab satu perkara kecil semua perancangan tergendala. Siapa sangka, dari nikmat yang biasa kita abaikan, ALLAH tarik sekejap untuk ajar sesuatu lebih besar," coretnya.
Biarpun tidak mampu untuk meraikan hari ulang tahun isteri tersayang, pelakon Hati Perempuan dan Jangan Benci Cintaku itu sempat mengirimkan jambangan bunga buat isteri tersayang.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/01/13/2964839.jpg)
Untuk rekod, Saharul dan Deena atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahara, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
"Benda ini (buli) boleh je diubah, tak pasti jika itu cara nak buat mental pelakon baharu lebih kuat, tapi pada saya benda itu tidak sepatutnya diteruskan...," ujar Aeril.
Demikian yang dikongsikan oleh pelakon, model dan usahawan Aeril Zafrel tatkala ditemu bual SinaPlus baru-baru ini.
Untuk perkongsian lanjut dengarkan video ini.
Bagi peminat setia Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, lupa dapatkan Sinar Harian menerusi sisipan SinarPlus hari ini untuk mengetahui kisah pasangan ini selanjutnya tentang kontroversi perkahwinan, peralihan bidang seni kepada dunia bisnes, reaksi Aeril tentang kisah penyondol, pengakuan Wawa mengenai perangai suami kesayangannya itu m, tip bahagia dan banyak lagi.
Anda juga boleh layari sinarplus.sinarharian.com.my.
#coversinarplus #wawazainal #aerilzafrel #pelakon #model #usahawan #wawasunscreen #SinarPlus #lifestylesinarharian
Personaliti: NUR HAWA ZAINAL ABIDIN (@wawa_zainal) & SUHAIRIL SUNARI (@aeril_zafrel)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Muzik: LNDO Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com
SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang