'Saksi betapa kuatnya mummy…' Bella sebak tengok Ayden nyanyi penuh penghayatan

No Image Caption
A
A
A

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan anak sulung penyanyi Bella Astillah, Ayden Adrean, menyanyikan lagu nyanyian ibunya sendiri hasil kolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

Menerusi video yang dimuat naik adik kepada Bella, Didie Astillah di TikTok, Ayden yang baru berusia lapan tahun menyanyikan lagu Lebih Indah Berpisah dengan penuh penghayatan.

Walaupun masih muda, Ayden berjaya menyampaikan lagu berkenaan dengan penuh emosi. Suaranya yang serak-serak basah dan gaya nyanyiannya seolah-olah memahami makna lirik yang cukup menyentuh hati.

Penghayatan yang diberikan kanak-kanak cilik itu nyata meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya. Malah, video berdurasi satu minit 43 saat itu turut membuatkan Bella sendiri tidak mampu menahan sebak.

@didi_angel_astillah LEBIH INDAH BERPISAH cover By Ayden Adrean @Ade Govinda @Bella Astillah #LebihIndahBerpisah original sound - Didi Angel Astillah



Menerusi satu perkongsian di TikTok, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat mengesat air mata sambil menonton rakaman nyanyian anaknya.

No Image Caption



“Bella baru berkesempatan tengok video Ayden nyanyi lagu Lebih Indah Berpisah. Mesti idea Didi yang suruh Ayden nyanyi.

“Terima kasih Ayden, menangis mummy tengok video,” luah Bella dalam hantaran tersebut.

No Image Caption



Video tersebut bukan sahaja menyentuh hati Bella, malah turut meruntun perasaan ramai warganet. Antara komen yang ditinggalkan:

"sebak tengok Ayden nyanyi lagu ni."

“Ayden saksi betapa kuatnya Mummy lalui hidup. Betapa dia kerja keras untuk besarkan anak-anak. Dialah ibu, dialah ayah.”

“Getaran suara Ayden tu yang buat rasa nak menangis. Ayden memang ada bakat, Bella.”

“Jangan sedih Bella. Kebahagiaan menanti di hadapan. Nyanyian menyusuk kalbu dari anak untuk ibunya.”



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang