Salamiah Hassan dedah kenal arwah suami 20 tahun sebelum kahwin, masih simpan voice note buat lepas rindu
SELALU kita dengar orang kata, banyakkan ambil gambar dan video dengan insan yang disayangi, nanti bila mereka sudah tiada, momen itulah yang bakal menjadi pengganti diri.
Demikian juga dengan apa yang dilalui oleh penyanyi legenda tanah air, Salamiah Hassan yang mengakui dirinya masih menyimpan nota suara milik suami tercinta, Allahyarham Gerry Hughes di telefon bimbitnya.
Malah, wanita berusia 74 tahun itu juga mengatakan, itulah satu-satunya cara beliau melepaskan rindu selepas pemergian Allahyarham tiga tahun lalu.
"Saya masih ada 'voice note' dia dalam telefon. Pernah juga rasa nak padam semuanya, tapi saya fikir kalau padam, saya tak akan dengar lagi suara dia.
"Saya tak dengar setiap hari kerana ia terlalu menyakitkan, tapi bila terlalu rindu, saya akan dengar semula," ujarnya lagi.

Pasangan tersebut disatukan pada 1 September 2022. Dua bulan selepas itu, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser yang dihidapinya.
Mengimbas kembali kenangan bersama Allahyarham, Salamiah berkata, dia pernah menolak lamaran Gerry kerana mahu fokus membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Namun, selepas mengetahui penyakit yang dihidapi lelaki berasal dari Australia itu, hatinya terbuka untuk menerima lamaran demi menjaga insan yang mencintainya sepenuh jiwa.
Tambah Salamiah, beliau tidak berhasrat mencari pengganti selepas kehilangan suami yang dikenalinya selama 20 tahun itu.
"Saya mahu bertemu semula dengan suami di syurga, kalau diizinkan ALLAH. Dia seorang lelaki yang sangat baik, malah lebih pandai membaca al-Quran daripada saya," ungkapnya.

Salamiah berkata demikian ketika ditemui SinarPlus di sidang media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sekadar makluman, konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos ini di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Turut menyerikan konsert berkenaan ialah Mimifly yang akan membuka tirai persembahan dengan semangat dan sokongan padu terhadap kerjaya muzik Atilia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
