'Sangat biadab & kurang ajar...' Shahrol Shiro lapor polis Harith Iskander, wanita hina agama, bertindak demi Islam dan keharmonian

No Image Caption
A
A
A

BERTINDAK demi agama dan keharmonian negara, bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung status di media sosial yang dimuat naik pelawak dan juga pelakon Harith Iskander.

Menerusi laporan polis yang dimuat naik di Facebooknya, Shahrol turut membuat laporan terhadap individu bernama Cecelia Yap Song KL.

"Harith Iskander & Cecelia Yap, demi agamaku report polis ON," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.



Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada Isnin, Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana status Harith dan komen Cecelia itu masing-masing didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Usai membuat aduan, beliau juga telah selesai memberikan keterangan berkaitan laporan berkenaan.

No Image Caption



"8.45 malam, selesai merakam kenyataan di Balai Polis Kluang. mengenai posting daripada saudara Harith Iskandar. Di dalam ruangan komen menggunakan nama Cecelia Yap telah membuat satu komen tentang nabi junjungan Muhammad SAW.

"Dibesarkan huruf 'HAM' itu, dia telahpun mempersendakan juga.

"Sangat-sangat biadab. Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap isu ini.

Artikel Berkaitan:



"Harith yang telah membuka ruang untuk isu ini diperlucukan dan dipersendakan, ia adalah perkara yang sangat kurang ajar.

"Jangan main-main tentang isu agama Islam ini," kongsinya.

Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL dan pelawak Harith Iskander.

No Image Caption



Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor Bahru Utara dan Kluang.

Tegas beliau, Polis Johor memandang serius serta memberi amaran sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen raja, agama dan kaum (3R) dalam media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan serta menggugat keharmonian masyarakat.

Tindakan tegas tanpa kompromi bawah undang-undang sedia ada akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

"Kes disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan dengan niat mahu melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.



"Ia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan pelanggan," ujarnya.

Sebelum ini SinarPlus melaporkan Shahrol meluahkan rasa kesal dengan hantaran Harith yang didakwa membuka ruang kepada pelbagai pihak mempersenda kesucian Islam melalui jenaka menggunakan topik ham.

No Image Caption



Bersama hantaran itu, Harith turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Gambar itu dipercayai diambil dari gambar senarai menu kopi yang dijual premis rangkaian jualan minuman kopi tempatan yang berniaga menggunakan trak makanan.

"Im SO confused. My iman tergugat. This kopi will lead me down the wrong path in so many ways.

"Not just tempting me to become hamsap but ALSO confusing me with the word 'ham' in it. Ni untuk minum atau makan?

"I must make a polis report because i am so weak i have lost all ability to use logic. Who else is confused? #confused," kongsinya.


Sumber: Berita RTM, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang