'Saya hanya mahu surat cerai' – Afreena Suhaimi mohon kes dengan Along Cham selesai segera

No Image Caption
A
A
A

ISTERI Along Cham, Afreena Suhaimi, 33, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini bagi prosiding pengesahan lafaz cerai secara taklik.

Difahamkan, hari ini giliran Afreena menjawab dakwaan suaminya sebelum hakim syarie, Muhamad Nazri Basrawi, membuat sebarang keputusan.

"Harapan untuk hari ini, saya hanya mahukan surat cerai. Itu sahaja.

 

“Jadi Yang Arif, saya minta tolong sangat, selesaikan perkara ini,” katanya.

Tegas Afreena, kes melihatkan mereka sudah terlalu lama berlanjutan dan dia amat berharap kes tersebut boleh selesai tanpa ditangguhkan ke tempoh masa lain.

MENGGANGGU REPUTASI

Ditanya adakah kes rumah tangga mengganggu reputasinya, Afreena tidak menafikan terkesan pada awalnya, namun pada akhirnya merasakan dia masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.

No Image Caption

“Tipulah kalau saya kata tidak terjejas sebab kes ini mendapat perhatian umum, tetapi saya sedar masa akan berlalu kerana orang boleh menghukum macam-macam.

“Bagi saya, ia tidaklah menjejaskan sangat reputasi. Cuma, kes ini berlarutan terlalu lama dan mengganggu masa kerana perlu berulang-alik ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, suaminya, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap Afreena selepas mendakwa isterinya melanggar tiga perkara yang dipersetujui tahun lalu, termasuk tidak patuh arahan dan membelakangkan suami.

Pasangan itu bernikah pada 4 April 2024, yang juga merupakan perkahwinan kedua Along selepas berpisah dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang