Sayunya! Thalita sampaikan lagu Siti Sarah dalam sebak, warisi bakat nyanyian ibu
TIGA tahun berlalu namun pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin masih segar dalam ingatan para peminat.
Siapa sangka, anak perempuannya, Dzahira Thalita Zahra, 11, atau mesra disapa Thalita mewarisi bakat seni penyanyi bersuara gemersik itu.
Malam tadi, Thalita tidak dapat menahan sebak melantunkan lagu Siti Sarah yang berjudul Kesetiaan ketika mengadakan persembahan persembahan muzik jalanan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Turut menemani, bapa, Shuib Sepahtu, ibu tiri, Watie Hanifiah dan datuk, Raissuddin Hamzah, masing-masing yang tidak henti memberikan semangat buat Thalita.
Barang kali terkenangkan arwah Siti Sarah, Thalita pada mulanya dapat menyampaikan dengan baik lagu berkenaan sebelum sebak dipertengahan nyanyian.
Artikel berkaitan:
- Anak kedua Shuib & Siti Sarah melangkah ke alam dewasa, warganet luah sebak. 'Dia perlukan sosok seorang ibu, keputusan berkahwin tepat'
- Tahniah! Anak saudara Siti Nurhaliza, Umairah raih emas di WCOPA
- Watie Hanifiah hampir hilang hidung, enam kali buat pembedahan kerana penat diejek
- Kita hanya dapat mengenang sahaja, dia tidak akan kembali lagi – Raissuddin
Kehadiran penyanyi remaja, Ummi Umairah atau Umai membantu menghabiskan lagu sambil memeluk Thalita yang cuba meneruskan nyanyian.
Dalam acara bersama Era FM itu Thalita mendendangkan lagu popular berkenaan sebanyak dua kali.
Namun, jelas pada nyanyian kedua, emosi adik kepada Uwais Alqarni itu terusik sehingga menitiskan air mata.
Tidak hanya empunya diri yang sebak, penonton di Bukit Bintang dan dalam talian turut mengakui terkenangkan Siti Sarah sewaktu mendengar suara Thalita yang dikatakan persis Allahyarham.
Selain lagu Kesetiaan, Thalita turut mendendangkan lagu Kekasih Bayangan.
Warganet mengakui tersentuh mendengar nyanyian Thalita dan merasakan seolah-olah Allahyarham Siti Sarah ada bersama.
Tidak kurang juga yang menganggap gadis kecil itu berbakat, sudah memiliki peminat sendiri dan bakal menjadi penyanyi pelapis pada masa akan hadapan.
Thalita terdahulu bersungguh-sungguh menjalani latihan nyanyian bersama datuk dan bapa.
Malah sesi latihan vokal baru-baru ini, Thalita meraih ribuan tontonan ketika siaran langsung di Instagram.
Sekadar rekod, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 di usia 36 tahun selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram Era FM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang