Sebak! Hafiz Suip imamkan solat jenazah ibu, Ajai terbang ke Sarawak tanda sokongan
TIDAK ramai anak lelaki yang mampu menahan sebak ketika mengimamkan solat jenazah ibu sendiri. Namun, penyanyi Hafiz Suip membuktikan ketabahan luar biasa apabila memimpin sendiri solat terakhir buat arwah ibunya.
Menerusi perkongsian video oleh Cats FM di TikTok, pelantun Awan Nano dan Noktah Cinta itu dilihat sayu berdiri di hadapan jenazah ibu tercinta, Halizawati Salleh, bagi menunaikan solat jenazah di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, sebelum proses pengebumian dijalankan.
Warganet tidak dapat menahan air mata melihat ketabahan Hafiz, malah ramai yang memuji kekuatan penyanyi itu mengimamkan sendiri solat jenazah ibunya.
Sementara itu, kehadiran komposer Ajai menziarahi Hafiz di Kuching turut menarik perhatian warganet.

“Takziah, Hafiz… Innalillahiwainnailaihirajiun. Susunan ALLAH itu indah sekali buat Hafiz. Yang terindah lagi apabila Hafiz tersebut menjadi imam kepada arwah bondanya. Apa lagi yang seorang ibu mahukan pada hari terakhirnya di muka bumi ini, apabila anak lelakinya sendiri mengimamkan jenazah ibunya.”
“Bertuahnya emak, anaknya sendiri mengimamkan solat jenazah.”
“Terbaik, Ajai sanggup terbang memberikan sokongan moral dan peribadi buat Hafiz. Moga Hafiz dan sekeluarga tabah menghadapi semua dugaan ini.”
“Pergh, salute Ajai sanggup terbang ke Sarawak bersama seorang lagi sahabat demi memberi penghormatan terakhir buat ibunda Hafiz. Memang terasa ‘vibes’ true friend!”

Difahamkan, arwah terdahulu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit kencing manis dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching, Sarawak.
Terdahulu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang sebelum dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.
Pada konsert berkenaan, Allahyarham membuat kejutan tampil di pentas dengan menaiki kerusi roda ditolak oleh suaminya, Mohd Suip Mohamad.
Menerusi segmen menyentuh hati itu, Hafiz berikrar mahu menjadi 'kaki' Haliza yang telah kehilangan anggota tubuh berkenaan susulan kencing manis.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
