'Sedapnya! Mentua dari syurga.' Sheila Rusly masakkan lauk pantang Elisya Sandha buat warganet terliur

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penerbit terkenal, Sheila Rusly memang terkenal dengan kehandalan dalam bidang masakan.

Bertuahlah menantunya, Elisya Sandha memiliki ibu mentua yang rajin menyediakan makanan berpantang.

Menerusi perkongsian terbaharu, selebriti berusia 53 tahun itu yang menyediakan hidangan berpantang buat menantunya Elisya Sandha, mencuri perhatian ramai di platform Instagram miliknya.

"Bila anak menantu cakap nak berpantang rumah mama," kongsinya.

Antara menu yang dimasak ialah nasi goreng halia pegaga, sup lobak putih dan lobak merah.

No Image Caption



"Halia untuk buang angin, sup lobak putih bagus untuk tambah susu ibu. Berselera anak menantu makan," titip Sheila.

Menerusi ruangan komen, warganet memuji kebaikan Sheila dan menyifatkan Elisya sebagai seorang menantu yang sangat bertuah.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Bahkan, ramai yang menggelar pelakon Pontianak Menjerit dan MX3 itu sebagai ibu mentua dari syurga. Ujar mereka;

"Rezeki dapat emak mentua baik. Pandai masak dan baik hati. Gigih!"

"Mak mentua dari syurga. Nampak keikhlasan menjaga dan sayangkan menantu macam anak sendiri. Mak mentua macam Sheila idaman semua wanita."

"Contoh ibu mentua yang sayangkan anak menantu."


Sekadar info, Elisya baharu sahaja melahirkan anak keduanya, Bahtera Elhaq Uzair Haqimy pada 17 Mei lalu.

Pasangan itu terdahulu dikurniakan anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang