Selepas pemergian ibu tersayang, Khai Bahar kini diuji kehilangan ayah

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI popular, Khai Bahar, baru sahaja menerima khabar duka apabila ayahandanya yang tercinta, Pak Bahar atau nama sebenarnya, Baharudin Backry, telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis.

Berita itu dikongsikan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Abg Jai.

Dalam kenyataan ringkas, dia memaklumkan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah dan mengajak orang ramai untuk sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah serta doa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

No Image Caption

Pemergian ayahanda tersayang ini pastinya membuka kembali luka lama buat Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin. Tahun lepas, Khai diuji dengan kehilangan insan paling disayanginya, iaitu arwah ibunya, Rosnah Mohamad.

Pelantun lagu Luluh itu pernah berkongsi di media sosial betapa restu dan doa seorang ibu menjadi pendorong utama dalam setiap langkahnya.

Malah, setiap kejayaan yang diraih sering didedikasikan kepada kedua-dua orang tuanya yang banyak berkorban sejak awal pembabitannya dalam bidang seni.

No Image Caption

Kini, setelah kedua-duanya pergi menghadap Ilahi, doa seorang anak soleh menjadi hadiah paling bermakna yang mampu dititipkan.

Atas dasar ukhuwah, marilah kita bersama-sama mengirimkan doa dan Al-Fatihah buat roh Allahyarham Pak Bahar dan arwah ibu Khai yang telah terlebih dahulu pergi.

Semoga keduanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh, dan semoga Khai Bahar serta keluarga diberi ketabahan melalui saat penuh ujian ini.

Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang