‘Setiap kali gugur satu jiwa pejuang, akan lahir berpuluh lagi yang bangkit’ – Zizi Kirana
PENYANYI dan pelakon, Zizi Kirana, meluahkan rasa sedih atas pemergian wartawan muda P4lestin, Saleh Aljafarawi, 28, yang terkenal dengan laporan berani mendokumentasikan kemusnahan G4z4 di media sosial.
Menerusi hantaran di platform Threads, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, menzahirkan rasa hormat dan kekaguman terhadap keberanian Allahyarham yang disifatkannya sebagai pejuang kebenaran sejati.
Menurutnya, perjuangan dan pengorbanan wartawan muda itu wajar dijadikan inspirasi buat semua dalam memperjuangkan keadilan serta kemanusiaan sejagat.
“Setiap kali gugur satu jiwa pejuang di bumi G4z4, akan lahir berpuluh lagi yang bangkit menggenggam semangat mereka yang terdahulu dengan jiwa lebih teguh.
“Selagi darah para syuhada mengalir menyuburi bumi barakah itu, ketahuilah… segala kezaliman, tipu daya, dan kekuatan bala tentera Iblis laknatullah tidak akan pernah berjaya menaklukkannya.
“Kerana bumi itu dilindungi oleh janji ALLAH, dijaga oleh keberanian insan-insan yang telah menyerahkan segalanya demi kebenaran,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, pelantun lagu Eh itu turut mengingatkan masyarakat agar tidak berhenti bersuara mengenai isu kemanusiaan yang berlaku di bumi Gaza.

Biarpun ada individu yang sudah dibebaskan daripada tahanan, katanya, masih ramai lagi rakyat P4lestin yang terus menderita di bawah kekejaman rejim Zionis.
“Teruskan kelantangan suara kalian tentang P4lestin. Walaupun orang yang kalian kenal sudah keluar dari penjara, masih ada ribuan lagi yang berada dalam tahanan Zionis,” ujarnya menutup hantaran tersebut.
Perkongsian berkenaan menerima reaksi positif warganet yang turut berkongsi rasa sedih dan penghargaan terhadap perjuangan wartawan muda berkenaan.
Ramai yang bersetuju dengan pandangan Zizi bahawa semangat rakyat Palestin tidak akan pernah padam walau kehilangan terus berlaku saban hari.
Terdahulu, Saleh Aljafarawi dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh individu bersenjata di Bandaraya G4z4, menjadikan jumlah kematian pengamal media di wilayah itu melebihi 270 orang sejak Oktober 2023.
Insiden pembunuhan berlaku ketika pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan P4lestin dan kumpulan bersenjata di kejiranan al-Sabra, kawasan yang musnah teruk akibat perang.
Menurut laporan media tempatan, mangsa ditembak ketika berada di lokasi pertempuran bersenjata. Difahamkan, Allahyarham memakai jaket bertanda “PRESS” semasa kejadian.
Allahyarham mula dikenali sejak 2019 menerusi rakaman video di zon perang yang mendapat jutaan tontonan di media sosial.
Dengan lebih 635,000 pelanggan di YouTube dan 251,000 pengikut di laman X, Saleh menjadi suara lantang dunia Arab yang tidak pernah gentar menyingkap kebenaran meski diancam bahaya setiap detik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

