'Kala orang mempertikai, bertahanlah kak...' Adik Zizi Kirana bersuara, tampil pertahan aktivis wanita Sumud Flotilla
ADIK aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GBF) dan penyanyi, Zizi Kirana iaitu Nurul Nazielah menitipkan luahan sayu buat kakak sulungnya.
Adik kedua pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil itu juga berkongsi luahan tentang pertikaian sesetengah pihak mengenai penyertaan sukarelawan wanita dalam misi berkenaan.
Dalam hantaran di Thread, Nurul Nazielah menyentuh isu pengorbanan, perjuangan, dan empati terhadap penderitaan rakyat G4z4 serta mengkritik pandangan sempit sesetengah masyarakat terhadap peranan wanita dan aktivisme kemanusiaan.
"Nukilan buat seketul Zizi. Kalau orang kata aku paling kuat dalam adik-beradik sebenarnya kaulah yang paling kuat.
"Sekecil badanmu telah menyeberangi lautan dalam.

"Kalau ada orang kata duduk sahajalah di rumah, jaga suami dan keluargamu. Mereka lupa izin suamimu dan keluarga lebih besar nilainya daripada mulut-mulut mereka.
"Apabila mereka bertanya kenapalah join? Mereka lupa bersyukur kerana telah hidup dengan tenang.
"Mereka alpa di G4z4 itu ada yang telah lupa bagaimana bahagianya tidur malam dan bersarapan bersama anak serta keluarga.
"Mereka lupa hadirnya Global Sumud Flotilla memberi mereka bahagia dan rasa, oh beginilah nikmat orang lain dapat," kongsinya.
Dalam catatan sama, Nur Nazielah menyulam kata-kata semangat dan kekuatan buat Zizi, agar kakaknya tetap teguh menempuh cabaran selepas ditahan.
"Seketul Zizi, kala orang lain mempertikai ingatlah lagi ramai yang memperjuangkan kebebasan kalian.

"Aku adalah adikmu yang masih memerlukanmu sebagai tempat mengadu dan bermanja
"kakakku Zizi Kirana, kuat manapun cabaran yang kau hadapi aku tahu kau mampu hadapinya.
"Bersabar sedikit lagi, teruskan bertahan.
Sebulan di lautan kau mampu sedangkan lautan itu mampu melenyapkan sebuah bot.
"Sebab kau yakin ALLAH itu ada, jadi bertahanlah kak," titipnya.
Terdahulu, timbul pertelingkahan tentang penglibatan aktivis wanita dalam misi GSF yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.
Figura terkenal berkenaan turut berkongsi nasihat mengenai keperluan wanita yang ditemani mahram dalam apa jua keadaan.
Terdahulu, Zizi diculik selepas kapal dinaikinya dipintas tentera penjajah haram pada awal pagi Khamis lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
