Sheqal meninggal dunia dalam tidur pada usia 60 tahun

No Image Caption
A
A
A

 

PENYANYI era 90-an, Sheqal menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur.

Sheqal atau nama penuhnya Shahrin Salehuddin, 60, pergi selamanya ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), jam 12.31 tengah hari, pada Selasa.

Berita duka berkenaan kemudian disahkan isterinya, Allahyarham Normah Mohd Yusoff, 58, selepas dihubungi media.

No Image Caption

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya diberitahu tentang pemergian penyanyi pop tradisional dan nusantara itu sebaik sahaja tiba di Unit Rawatan Rapi (ICU) Anggerik, HTJ.

“Ketika itu, arwah menghembuskan nafas terakhir disaksikan oleh Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave bersama isteri dan kedua-dua anak Allahyarham.

“Kita baru sahaja kehilangan seorang insan seni yang cukup dikenali dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional pada era 1990-an,” ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan tersebut, jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang dan diuruskan di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Foto: Bernama
Foto: Bernama

Difahamkan, pihak YKAT turut menyalurkan sumbangan kepada keluarga bagi meringankan urusan pengebumian.

Sheqal terdahulu dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun lalu dan ditidurkan dua hari kemudian susulan komplikasi kesihatan termasuk jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau juga pernah diserang angin ahmar atau strok sebanyak empat kali sejak 2020 dan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani, 20.

Pemergiannya meninggalkan seorang isteri dan empat orang cahaya mata iaitu dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al Kasyah hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Raja Ema, serta Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani, 20 daripada perkahwinan keduanya bersama Normah.

No Image Caption

Nama Sheqal tidak asing lagi dalam persada seni tempatan khususnya era 90-an. Arwah malah pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu-lagu berentak pop tradisional dan nusantara seperti Zapin Rindu-Rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan.

Malah, dia juga sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To’ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang