Hafiz 30 juzuk al-Quran tak sempat bergelar guru, Nurly Sahirah pergi selamanya. 'Arwah jaga hafalan, sopan tutur kata'

No Image Caption
A
A
A

HARI ini seluruh Malaysia berduka dan penuh air mata. Pemergian 15 bakal pendidik dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak, merentap keriangan Aidiladha ketiga.

Salah seorang mangsa yang juga penuntut Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman, 23, antara 15 mangsa yang meninggal dunia.

Bakal guru itu merupakan seorang hafiz 30 juzuk al-Quran cukup dikenali sebagai sangat mencintai al-Quran.

Bahkan, Nurly Sahirah juga dikenali sebagai anak yang tekun serta sentiasa mengulang bacaan al-Quran.

Menurut abang Allahyarham, Mohd Najmuddin Azman, 28, adik bongsunya itu sering mengamalkan bacaan kitab suci berkenaan setiap malam sejak kecil.

Foto: Ihsan Buletin TV3
Foto: Ihsan Buletin TV3

Malah menerusi Facebook, Mohd Najmuddin berkongsi keperibadian adiknya yang disenangi guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah.

"Dik semua cikgu-cikgu kau dari sekolah rendah hingga menengah call beritahu kau sangat baik dengan orag.

Artikel Berkaitan:

"Dengan keluarga kau paling baik dik. Adik-beradik nk apa kau terus buat tanpa banyak bicara.

"Ramai sayang kau dik. Benarlah orang yang menjaga al-Quran ALLAH sayang," titipnya.

Beliau juga turut berkongsi tahriri (al-Quran tulisan tangan) milik Allahyarham.

Allahyarham didakwa oleh rakan telah meninggal dunia dalam keadaan memeluk kitab suci al-Quran
Allahyarham didakwa oleh rakan telah meninggal dunia dalam keadaan memeluk kitab suci al-Quran

"Antara koleksi arwah tahriri. Arwah suka mengulang bacaan al-Quran dan arwah tulis satu al-Quran guna tangan untuk kuatkan hafalan.

"Berpusu-pusu media call aku dik tanya apa amalan kau. Ada media beritahu dekat tempat kejadian wangi sangat.

"Dik, kau jaga al-Quran sangat baik. Kau tidak pernah miss mengulang al-Quran setiap hari. Kita jumpa di syurga ya. Kami sayang kau. Tenanglah kau di sana," kongsinya.

Sementara itu, abang sulung Allahyarham, Mohd Farid Firdaus Azman, 36, berkata, Nurly Shahirah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut, bercita-cita menjadi guru pendidikan khas dan dijadualkan menjalani latihan praktikal bermula Ogos depan.

"Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik dan kami sekeluarga amat terkejut dengan tragedi ini.

"Walaupun Nurly merupakan harapan keluarga, kami sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa," katanya.

ARWAH MENJAGA HAFALAN

Guru Allahyarham di SM Imtiaz Besut, Ustaz Fathi Yakan menyifatkan Allahyarham Nurly Sahirah seorang yang menjaga hafalan al-Quran biarpun sudah bergelar hafiz.

"Bekas pelajar SM Imtiaz Besut batch SPM 2019, Nurly Sahirah Azman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan bas pelajar UPSI awal pagi tadi.

"Pelajar yang menjaga hafalan al-Quran dan cemerlang akademik. Mohon doakan dan sedekah al-Fatihah kepada beliau. Seorang lagi, Nur Athirah masih dirawat di Zon Merah. Doakan juga," kongsinya.

Mohd Farid Firdaus menunjukkan gambar arwah adiknya ketika ditemui pemberita di Kampung Gong Pasir Besut pada Isnin.
Mohd Farid Firdaus menunjukkan gambar arwah adiknya ketika ditemui pemberita di Kampung Gong Pasir Besut pada Isnin.

Dalam pada itu, guru al-Quran Allahyarham yang menggunakan Facebook Shinju Midori mengakui Nurly Sahirah mudah menghafal.

Malah, Allahyarham juga mempunyai hubungan baik dan memuliakan gurunya.

"Arwah Nurly memang rapat dgn ustazah. Satu-satunya pelajar halaqah ustazah yang bila buka cuti sekolah, boleh tasmik empat muka surat sekali baca tanpa salah.

"Satu-satunya pelajar yang pernah jadi partner murajaah ustazah juga.

"Dulu, tidak lama seelpas balik dari umrah arwah pernah hadiahkan sehelai tudung buat ustazah.

"Kebetulan tudung memang match dengan baju ustazah. Tudung seperti tempah khas, hampir sama dengan baju ustazah.

"Arwah pernah datang rumah, lawat baby Salman. Sekarang Salman dah 5 tahun. Semoga Nurly Azman ditempatkan bersama para solihin," tulisnya.

TUTUR KATA SOPAN

SM Imtiaz Besut turut berkongsi kesedihan kehilangan seorang alumni manakala dua lagi mengalami kecederaan dalam tragedi 1.10 pagi itu.

"Warga SM Imtiaz YT Besut merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam atas tragedi kemalangan bas melibatkan pelajar UPSI di Jalan Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding pada pagi 9 Jun 2025.

"Kehilangan yang amat menyayat hati ini turut meragut nyawa insan yang amat disayangi oleh semua dengan tutur kata yang sopan, solehah dan juga hafizah al-Quran 30 juzuk, Nurly Sahirah Azman, alumni SM Imtiaz YT Besut.

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba ALLAH yang beriman dan beramal soleh.

"Kami juga mendoakan agar dua lagi mangsa alumni Imtiaz Besut yang tercedera, iaitu Nurul Atirah binti Zakaria (SPM 2019) dan Mohd Amirul Fadhli bin Zulkiflie (SPM 2003) diberikan kesembuhan yang segera, kekuatan jiwa serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

"Al-Fatihah buat yang telah pergi dan doa yang tidak putus buat yang masih berjuang," kongsinya.

Terdahulu, SinarPlus melaporkan seramai 15 pelajar universiti terbabit disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

No Image Caption

Bas dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu itu yang membawa 44 adalah penumpang dalam bas merangkumi 42 pelajar UPSI, seorang pemandu dan seorang pembantu.

15 penuntut gugur manakala 27 lagi pelajar yang lain tercedera dalam perjalanan untuk menuntut ilmu.

Difahamkan pemandu bas dan pembantunya juga mengalami kecederaan.

Sementara itu, dalam Perodua Alza pula, terdapat empat orang yang mana tiga mengalami cedera ringan dan seorang lagi patah tangan.

Siasatan awal mendapati insiden dipercayai berlaku selepas bas yang dipandu oleh pemandu gantian daripada sebuah syarikat lain itu terlanggar MPV berkenaan sebelum terbalik selain dipercayai dipandu laju berdasarkan maklumat daripada mangsa.

Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang