Siti Nurhaliza dedah punca Amad rebah di pentas TTMM – 'Bukan masalah kesihatan, hanya keluarga tahu…”

No Image Caption
A
A
A

PADA malam Grand Finale program Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, penonton dikejutkan dengan insiden pengsan yang melibatkan peserta cilik, Ahmad Dayyan.

Sebelum persembahan dimulakan, Amad kelihatan kurang sihat dan sempat menyebut “sakit” sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.

Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu rebah di atas pentas dan terpaksa dipapah ke belakang pentas untuk mendapatkan rawatan.

Walaupun dalam keadaan cemas, Amad kembali ke pentas dan meneruskan persembahan dengan penuh semangat, akhirnya meraih tempat keenam dalam program berkenaan.

Situasi itu meninggalkan tanda tanya peminat mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada penyanyi muda ini.

Terbaharu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, melalui hantaran di Instagram, menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar anak saudaranya cepat sembuh.

Beliau menekankan bahawa kejadian tersebut adalah takdir dan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi negatif terhadap kanak-kanak berumur 13 tahun itu.

No Image Caption

DIPAPAH DARI PENTAS

Menurut beliau, kesihatan Amad pada awalnya tiada sebarang masalah. Namun, secara tiba-tiba, remaja itu kelihatan tidak stabil dan terpaksa dipapah daripada pentas.

“Sesi latihan @amaddayyan bersama @official_nadeera, kondisi Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan.

"Namun, takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale. Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang berlaku, bukan faktor kesihatan, kesan dari komen-komen atau penat.

"Sebagai manusia biasa, kita percaya dalam kehidupan kita ada hal-hal luar dugaan, hal-hal tak masuk di akal, tetapi itulah hakikatnya,” ujar biduanita negara itu.

Beliau juga menekankan supaya orang ramai tidak membuat sebarang persepsi.

No Image Caption

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam, pasti tahu apa yang berlaku. Untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu.

"Begitulah, setiap kita ada cabaran, ini kan pula dalam bidang ini. Segalanya terbuka luas… Malah malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena tetapi adiknya, Aisy, juga terkena tempiasnya.

"Doakan agar kita semua dilindungi-NYA selalu. Doakan Amad juga…” tambah pelantun lagu Menamakanmu Cinta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang