Siti Saleha mahu cuti panjang, baby bump kelihatan buat netizen syak hamil – 'Tak nak kongsi sekarang'

No Image Caption
A
A
A

SUDAH hampir tujuh bulan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton, pelakon Siti Saleha kini dilihat semakin bahagia bersama suami tercinta yang bukan dalam kalangan selebriti.

Sejak mendirikan rumah tangga awal Februari tahun ini, figura jelita itu tampak lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana dan tertutup, jauh daripada tumpuan umum.

Namun begitu, kemunculan terbaharunya di sebuah acara baru-baru ini pantas mencuri perhatian ramai.

Bukan kerana penampilannya semata-mata, tetapi kerana bentuk tubuhnya yang kelihatan sedikit berisi terutama pada bahagian perut, sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat dan pemerhati industri.

No Image Caption

Ada yang mula membuat spekulasi, adakah pemilik nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum itu sedang berbadan dua?

Soalan itu nyata sukar dielak. Malah ketika disapa media, reaksi bersahaja pelakon itu jelas menunjukkan adik perempuan kepada Sam Bunkface itu lebih selesa berdiam diri.

“Awak tengok je perut saya sekarang, kan baru habis makan tengah hari. Macam mana nak jawab?

"Tak tahu nak jawab macam mana. Dahlah, soalan seterusnya,” balasnya sambil ketawa kecil.

Siti juga tidak menafikan kewujudan video yang menunjukkan bentuk perutnya yang menjadi perbualan.

Malah dia sempat berkata, “Ada orang buat video. Betul lah, you didn’t make it up. So, macam mana? Macam mana? Doakan yang baik-baik.”

Jawapan itu, walaupun ringkas, membawa maksud yang mendalam, seolah-olah memberi petunjuk bahawa sesuatu yang manis sedang berlaku dalam hidupnya, cuma belum sedia untuk dikongsi.

Beliau turut menambah, “Insya-ALLAH, mungkin berita bahagia tak lama lagi.

"Tapi saya tak nak kongsi sekarang. Kita akan tengok," ujarnya ringkas sebagai reaksi kepada soalan susulan.

Nampaknya, buat masa ini, wanita berusia 35 tahun itu lebih selesa membiarkan segalanya menjadi teka-teki.

Dalam perbualan sama, pelakon Dia Imamku itu turut mendedahkan bahawa projek seni yang sedang dijayakan kini merupakan komitmen terakhirnya untuk tahun ini.

No Image Caption

CUTI PANJANG

Dia yang baru-baru ini muncul sebagai pengarah bagi telefilem sulungnya bertajuk Rentak Hati mengakui, merancang untuk berehat panjang daripada dunia lakonan.

“Lepas ini memang nak ambil cuti panjanglah. Memang nak ambil cuti panjang. Ini projek terakhir saya,” katanya.

Apabila ditanya berapa lama tempoh rehat yang dimaksudkan, Siti hanya tersenyum sebelum membalas dengan nada berseloroh, “Tak, tak, tak.

"Cuti panjang dua tahun. Tiga tahun," ungkapnya.

Sekali lagi, jawapan itu tidak secara langsung mengesahkan apa-apa, namun cukup untuk menguatkan spekulasi yang berlegar.

Beberapa jam selepas temu bual itu tular di media sosial, ruangan komen mula dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis.

Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang baik-baik buat pelakon kesayangan ramai itu. Tidak kurang juga yang memuji penampilannya yang dilihat semakin berseri dan matang.

Sekadar makluman, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.

No Image Caption

Walaupun belum berkongsi sebarang pengumuman rasmi, tindakan Siti Saleha yang memilih untuk menjaga privasi diri dan keluarga wajar dihormati.

Dalam dunia hiburan yang serba terbuka, tidak semua yang manis perlu diumumkan kepada umum. Ada ketikanya, kebahagiaan itu lebih indah jika disimpan untuk diri sendiri.

Jika benar beliau kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata, pastinya rehat panjang yang dirancang bukan sekadar untuk menyusun semula langkah seni, tetapi lebih kepada memberi ruang untuk menikmati fasa terindah bergelar ibu. Apa pun, peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat wanita cantik manis itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang