'Suara tetap merdu walau tanpa iringan muzik.' Video konten tular babitkan Siti Nurhaliza, RTM buat permohonan maaf
"KAMI mohon maaf."
Demikian perkongsian daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia di laman sosial rasmi mereka.
Ia susulan perkongsian tular video melibatkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Video memaparkan penyanyi itu menyampaikan lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu.
"Pihak penerbitan kandungan sosial media RTM mohon maaf berkenaan ‘content’ Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tular.
"Niat kami hanya ingin menyatakan bahawa suara beliau tetap merdu walaupun tanpa iringan muzik.
"Admin mewakili pasukan kami dengan rendah hati mohon maaf kepada semua," tulisnya di Facebook.
Sementara itu, menerusi Insta Story, pihak pentadbir media sosial juga menyatakan hal yang sama.
"Hai semua. Admin minta maaf atas sebarang kekeliruan atau ketidakselesaaan yang berlaku.
"Kadang-kadang kita semua buat silap dan admin tengah betulkan keadaan ini.
"Admin berharap kita semua faham dan terus move on dengan vibes yang positif," titip mereka.
Menerusi semakan SinarPlus, video berkenaan mungkin telah dipadamkan namun telah dimuat naik semula di laman sosial X dan tular di platform berkenaan.
Kebanyakannya mendakwa suntingan video berkenaan yang dihilangkan muzik (tanpa iringan muzik) telah mengubah audio asal suara Biduanita Negara itu.
Warga maya memberikan reaksi 'cool' dan berharap situasi sama tidak berulang pada masa hadapan. Malah mereka rata-rata mengakui kehebatan vokal Siti Nurhaliza yang tiada tandingannya.
"Bergantung pada penerimaan masing masing. Bagi saya, ok sahaja. Suara yang sedap, lunak dan merdu, adalah kurniaan Tuhan. Bagi saya, content tersebut, membuka mata saya tentang suara biduanita negara, yang ada ‘pattern' sendiri."
"Bukan senang nyanyi tanpa muzik, tapi maintain sedap. BIduanita is betul² gifted.Saya faham jer content tu, tak ada hal pun."
"Suara Biduanita Negara ini tidak ada cacat celanya."
Sumber: Facebook, X, Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang