Rangkul anugerah Biduanita Negara, Siti Nurhaliza terkenang bapa. ‘Arwah ayah selalu ibaratkan saya seperti bunga melur, lagu kegemarannya...'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang dianugerahkan Biduanita Negara.

Bukan calang-calang gelaran tersebut kerana sehingga hanya empat penyanyi legenda negara yang pernah dianugerahkan gelaran Biduan dan Biduanita Negara iaitu Puan Sri Saloma pada tahun 1978, Datuk Sharifah Aini pada tahun 2006, Datuk Ahmad Jais pada tahun 2009 serta diikuti Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.

Siti meluahkan rasa syukur atas penganugerahan itu dan menyatakan tanggungjawab untuk memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair.

“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah ini.

No Image Caption

“Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktrafan kepada pencapaian kerjaya seni saya, namun merupakan lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair.

Artikel Berkaitan:

“Amanah dan kepercayaan ini juga merupakan satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.

“Kepada ALLAH SWT saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai posi6f, inspirasi dan pengaruh yang baik,” katanya dalam kenyataan.

No Image Caption

Menyifatkan seni menghubungkan dan menyatukan tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara, Siti berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormat, dijaga serta dihargai kerana ia adalah warisan yang ada perlu dipelihara.

Meraikan detik bermakna, Siti turut mengimbau sosok bapanya, Tarudin Ismail.

“Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata ayah saya, Allahyarham Haji Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah.

“Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana...

“Walau kering tak bercahaya bunga melur...

“Baumu memikat jiwa...”

Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung.
Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung.

“Saya sentasa mengingatkan diri, setiap kali meraih sesuatu kejayaan, rezeki ini adalah berkat doa dan sokongan semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni saya yang kini sudah mencecah 29 tahun ini,” katanya.

Tahniah daripada kami Team SinarPlus!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang