Tahniah! Siti Nurhaliza kini Biduanita Negara, selepas hampir 3 dekad bekerja keras

No Image Caption
A
A
A

HASIL komitmen dan keras selama hampir tiga dekad, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan sebagai Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak dalam satu hantaran dalam Instagram.

"Apa khabar hari dahulu? Mahu ku khabarkan kepadamu bahawa hari ini ada berita baharu.

"Seseorang yang pernah berjalan di jalur waktu itu diberikan tempat bertamu di persada dia berlagu. 13 November 2024, Anugerah Seni Negara.#sitinurhaliza#biduanitanegara #biduanitanegarasitinurhaliza," kongsi Rozi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Manakala pada poster ucapan tahniah daripada Siti Nurhaliza Legacy dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. pihak syarikat berkongsi ucapan manis buat penyanyi legenda itu.

“Sekalung tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza atas penganugerahan sebagai Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

"Tahniah boss @ctdk,” katanya.

Menerusi tinjauan Sinarplus, penyanyi berusia 45 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau berhubung berkaitan gelaran berkenaan.

Para peminat Siti tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan rasa bangga atas penganugerahan gelaran hebat kepada penyanyi kesayangan mereka.

Ujar mereka:

"Sebaknya rasa. Memang selayaknya!"

"Congratulations Datuk Seri Siti Nurhaliza @ctdk. May Allah bless you always insya-ALLAH aamiin."

"Sebaknya, hampir 3 dekad Mak Iti, love u."

"Sememangnya beliau layak, since 1996 hingga kini tanpa henti. Tahniah!"

Imbas kembali, Siti memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

Sepanjang 29 tahun di dalam industri hiburan, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang, itu memiliki 18 album Melayu, satu album Inggeris berjudul All Your Love dan tujuh album lain.

Sekadar rekod, sehingga kini hanya empat penyanyi legenda negara yang pernah dianugerahkan gelaran Biduan dan Biduanita Negara iaitu Puan Sri Saloma pada tahun 1978, Datuk Sharifah Aini pada tahun 2006, Datuk Ahmad Jais pada tahun 2009 dan diikuti Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang