Sudah tidak sebumbung, tiga tahun berkahwin Uqasha fail cerai terhadap Kamal Adli

No Image Caption
A
A
A

TIGA tahun bergelar suami isteri, rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli dikatakan goyah selepas aktres itu didakwa sudah memfailkan perceraian pada terhadap suaminya 1 Oktober lalu.

Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur  bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama hari ini.

Memetik Utusan Malaysia, perkahwinan pasangan berkenaan mula berantakan sejak April lalu. Ia bagaimanapun bukan disebabkan oleh pihak orang ketiga.

Pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.

Terdahulu, ibu kepada satu cahaya mata itu memuat naik hantaran berbentuk luahan hati yang mengundang simpati warganet sehingga ada yang mengaitkan ia hubungan suami isteri berkenaan yang mungkin sedang bergolak.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha berkahwin pada  5 November 2021 secara tertutup setelah lima bulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang