'Demi ALLAH, saya sangat sayang isteri dan anak' – Kamal Adli bersuara isu rumah tangga, dedah punca sebenar menyepi

No Image Caption
A
A
A

AKTOR Kamal Adli tampil memberikan penjelasan mengenai pelbagai spekulasi yang timbul berkaitan rumah tangganya. 

Menerusi Instagram, suami kepada Uqasha Senrose menyatakan dirinya terpanggil untuk mempertahankan maruah diri, isteri dan keluarga serta mengelak tanggapan negatif.

"Saya terpanggil untuk membetulkan beberapa statement daripada netizen-netizen ku sayang yang melibatkan maruah saya, isteri, dan keluarga kami berdua.

"Pertama, ada segelintir netizen yang buat andaian bahawa saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik tahu... Tengok dekat atas itu (gambar). 

"Banyak saja masa saya luangkan untuk Hawra, bawa bercuti dan sebagainya. Saya adalah seorang ayah. Saya sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tak fikir pasal Hawra," kongsinya.

Dalam masa yang sama, Hero Remaja 2007/2008 itu turut menafikan tuduhan bahawa dia menganggur. Kamal berehat dari kerja demi keluarga dan bukan kerana tiada tawaran.

No Image Caption

Artikel berkaitan: 

Ujarnya, rezeki masih mencukupi dan dia bersyukur atas kesihatan serta kasih sayang yang melimpah dalam keluarganya.

"Kedua, ada segelintir netizen yang cakap saya tiada kerja sampai tiga bulan. Salah tu. Saya sengaja tak ambil sebarang job selama dua bulan untuk berehat, selepas kerja yang berterusan (back to back). 

"Pada masa yang sama, saya hendak fokus pada isteri dan anak . Tak baik kamu cakap saya tiada kerja.

"Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya tidak putus dan mencukupi untuk keluarga kecil saya. 

"Yang paling penting, isteri dan anak saya sihat serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH. Saya juga sangat bersyukur kerana isteri dan anak saya dikelilingi oleh ahli keluarga dan orang yang menyayangi mereka. Alhamdulillah," titip Kamal.

Aktor berusia 39 tahun itu juga menjelaskan, dia kini jarang berkongsi hal peribadi di media sosial susulan trauma dipukul di Singapura pada 2023.

No Image Caption

Masih aktif dan wujud di platform, pelakon Abang Long Fadil dan Blok 404 itu bagaimanapun tidak terlalu terbuka.

"Kalau kamu dah biasa dengan platform saya, kamu mesti perasan yang saya memang tak banyak berkongsi hal peribadi. Kebanyakannya adalah perkara berkaitan kerja. 

"Mungkin ini disebabkan oleh kesan dan trauma daripada kes pukul di Singapura dulu. Harap kamu semua boleh faham... tapi saya ada saja di sini," jelasnya.

Dalam pada itu, Kamal menegur sikap segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap dirinya atau Uqasha dan dalam masa yang sama, meminta agar hal peribadi rumah tangga tidak dijadikan bahan komen umum.

"Kepada segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif kepada saya mahupun isteri saya, jangan begitu… Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia antara kami suami isteri. 

"Saya cuma minta, janganlah provoke isteri saya atau meninggalkan komen negatif. Isteri saya juga manusia. Kadang-kadang penat kerja, kadang-kadang stres.

"Apa yang terbaik, doakanlah isteri saya dan kami sekeluarga. Demi ALLAH, saya sayangkan isteri dan anak saya sangat-sangat.#ilovemywife .Maaf tahu kamu semua. Saya sayang kamu juga," tulis Kamal.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha berkahwin pada  5 November 2021 secara tertutup setelah lima bulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.

Sumber: Instagram

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang