Foto didakwa majlis merisik Fattah Amin & Amira Othman tular. 'Tunang sembunyi, nikah dihebahkan. Ini sebetulnya'

No Image Caption
A
A
A

HUBUNGAN percintaan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin bersama Amira Othman, terus mencuri tumpuan ramai meskipun pasangan serasi ini sudah sah bergelar suami isteri.

Terbaharu, satu video sekitar majlis merisik pada Februari lalu menjadi tular di platform TikTok.

Susulan daripada perkongsian itu, peminat mula menyusun semula kronologi pertemuan mereka, yang dikatakan bermula pada penghujung tahun lalu.

No Image Caption

Kisah cinta antara pelakon dan penyanyi, Fattah Amin serta Amira Othman nampaknya masih lagi menjadi perhatian ramai biarpun pasangan sama cantik sama padan itu sudah pun mendirikan rumah tangga.

Tidak hanya mencongak tarikh perkenalan 'rakan sekerja' itu, kesederhanaan majlis merisik juga menjadi perhatian.

Fattah dan Amira yang mengenakan pakaian serba putih pada acara berkenaan cukup menggambarkan keserasian dan keharmonian kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, ibu Fattah,  Azizah Abdul Ghani hadir menyarungkan cincin disaksikan  keluarga  daripada kedua-dua belah pihak.

Warga maya tidak lupa menitipkan doa dan terinpsirasi daripada pasangan berkenaan serta ahli keluarga yang dikatakan pandai menjaga rahsia.

"Tunang sembunyi-sembunyi, nikah dihebahkan. Inilah yang sebetulnya."

"Hebatnya semua orang sekeliling mereka berjaya simpan rahsia, tapi netizen pun bijak meneka. Betul juga tekaan kita, Kak Long memang pakai cincin baru hari itu."

"Bagus, ikut cara sunnah. Hanya keluarga dan saudara mara yang perlu tahu tentang pertunangan. Untuk perkahwinan pula, barulah digalakkan untuk hebahkan kepada umum."

No Image Caption

Manakala individu dipercayai penggubah hantaran merisik memaklumkan Fattah mahukan dulang merisik yang ringkas.

"Alhamdulillah. Fattah dan Amira memang orang yang baik hati. Betapa sederhana sebenarnya Fattah. Dia nak majlis yang simple sahaja kalau tidak, takkanlah dia selesa dengan hantaran merisik yang biasa-biasa ini, sedangkan boleh saja tempah yang cantik dan mewah.

"Cincin pula, kalau ikut Fattah, cukup sekadar dibawa begitu saja, tapi saya sediakan sedikit sentuhan yang lebih rapi," titip pemilik akaun Cendol Kenduri Malaysia.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan penuh sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, disaksikan ahli keluarga dan kenalan rapat sekali gus mengakhiri status mereka sebagai teman sekerja.

Majlis resepsi mereka kemudiannya diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada Sabtu lalu. 

Semalam pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah resepsi di Pusat Konvensyen Melawati, Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang