'Tak sabar tunggu bebas hutang'- Suami Shila Amzah, Ubai MZ impi bina rumah kampung
RAMAI impikan kereta mewah, rumah besar di kota dan kehidupan serba moden. Namun bagi Ubai MZ, kebahagiaan sebenar adalah bebas daripada hutang dan menikmati hari-hari damai di kampung bersama keluarga tercinta.
Di sebalik kehidupan glamor sebagai menantu keluarga seni dan suami kepada penyanyi popular, Shila Amzah, Ubai sebenarnya menyimpan impian yang cukup sederhana. Dia mahu membina rumah kampung dengan laman hijau yang luas, siap dengan kolam ikan dan kebun kecil yang menyejukkan mata.
Menerusi perkongsian di Threads, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, meluahkan hasrat tersebut sebaik semua pinjaman rumah dan kereta selesai.
“Tak sabarnya nak tunggu pinjaman rumah dan kereta ini habis bayar dan bebas hutang. Lepas itu nak beli tanah buat rumah kampung ada laman hijau besar macam iklan raya. Wah, siap ada kolam ikan dan kebun.
"Semoga kita semua dimurahkan rezeki,” tulisnya.

JUAL TANAH
Luahan ringkas itu mendapat reaksi hangat daripada pengikut.
Rata-ratanya bukan sahaja menyokong impiannya, malah menitipkan doa agar cita-cita Ubai dipermudahkan.
Antaranya komen pengguna @cheeq_non yang berkongsi doa, “Hasbunallah Wanikmal Wakil, Nikmal Maula Wanikman Nasir. Rabbi Yassir Wala Tu’assir. Moga Allah permudahkan Ubai mencapai segala cita-cita dan impian. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.”
Menariknya, ada juga yang tampil menawarkan bantuan membeli tanah, termasuk @adyerayazid yang menulis: “Aamiin.. nanti Ubai nak beli tanah, boleh beli dengan suami saya tau.. Khairul Jamain.. suami saya jual tanah.”
Tidak ketinggalan, @aidanorzalmi pula menyarankan kawasan Hulu Langat sebagai lokasi pilihan kerana turut mencari pembeli tanah di sana.
Seorang lagi pengguna, @sheone_10, turut berpesan: “Jangan minta murah, minta dimurahkan rezeki buat kita semua. Aamiin ya Rabb.”
Dalam kesibukan mengurus kerjaya Shila Amzah dan peranan Ubai sebagai pempengaruh, impian untuk kembali ke akar kehidupan kampung membuktikan bahawa nilai sebenar kebahagiaan bukan semata-mata pada kemewahan.
Sebaliknya, ia hadir melalui ketenangan, kebersamaan keluarga dan ruang hijau yang mendamaikan jiwa.
Kalau jadi kenyataan, mungkin kita akan lihat satu lagi kisah inspirasi pasangan selebriti yang memilih hidup lebih sederhana tetapi penuh makna.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
