'Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah...' Syafie Naswip kongsi berita isteri keguguran anak sulung
TARIKH 23 Disember pastinya meninggalkan momen yang cukup indah tatkala dua jiwa ini bersatu bergelar suami isteri.
Setahun berlalu, pelakon Syafie Naswip dan isteri menyambut ulang tahun pertama mereka.
Dalam perkongsian menerusi media sosial miliknya, pelakon Mohsin itu menitipkan ucapan ringkas namun cukup bermakna buat permaisuri hatinya, Nurafiqah Ishak.
Pun demikian, dalam kegembiraan menyambut ulang tahun pertama itu,pasangan tersebut turut dirundung duka apabila kehilangan zuriat pertama mereka.
Rupa-rupanya empat bulan lalu, Nurafiqah sedang hamil anak sulung.
Bahkan pasangan muda itu turut menamakan bayi mereka dengan nama Mohammad Eshal.
"4 months ago, Al-Fatihah to Mohammad Eshal.
Perkongsian tersebut nyata meraih perhatian ramai. Rata-rata menitipkan ucapan takziah dan mendoakan semoga suami isteri tersebut berlapang dada dan terima ujian tersebut dengan penuh kesabaran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang