‘Terima kasih mama lahirkan dan besarkan adik’ - Anna titip doa buat ibu sempena ulang tahun kelahiran

No Image Caption
A
A
A

DALAM dunia hiburan, kisah hidup selebriti sering menjadi tatapan umum termasuk kisah peribadi mereka yang tersembunyi di sebalik senyuman dan cahaya kamera.

Pelakon muda berbakat, Anna Jobling kini melangkah ke usia 25 tahun dengan situasi yang mungkin tidak diimpikan ketika diri masih berada dalam konflik dengan ibu kandungnya, Ariz Arop.

Namun, di sebalik kemelut itu, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling tidak melupakan pengorbanan wanita yang bergelar ibu dalam membentuk kehidupannya.

No Image Caption

Menerusi hantaran di InstaStory Instagram miliknya, Anna menzahirkan penghargaan khusus kepada ibunya atas jasa wanita itu.

“Terima kasih juga buat mama, melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan semoga sentiasa diberkati dan dilindungi ALLAH,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Setia Itu Mahal, setiap ucapan yang diteima menjadikan hari istimewanya penuh bermakna.

Pada masa sama, selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu turut bersyukur kerana dikelilingi mereka yang sentiasa menyuntik sokongan terhadapnya.

No Image Caption

“Thank you so much for all the lovely birthday wishes! Anna baca semuanya, just know that every single message means a lot.

“Feeling incredibly grateful for the people around me. Doakan yang terbaik untuk Anna as I step into this new chapter,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menjengah ke Instagram Ariz, wanita tersebut tetap mengingati ulang tahun kelahiran anak perempuannya dengan menitipkan ucapan selamat hari lahir.

No Image Caption

Meskipun hubungan mereka kini dalam fasa tegang, namun wanita itu mendedikasikan hantaran istimewa yang disertakan foto ketika puterinya masih kanak-kanak.

“Happy birthday anak. 14/8/2025,” tulisnya ringkas dalam Instagram disertakan emoji hati.

Sekadar info, kemelut hubungan antara Anna dan Ariz masih belum berkesudahan selepas ibunya itu mendedahkan menerima perintah injuksi daripada Anna pada Disember tahun lalu.

Begitupun, sehingga kini Anna belum memberikan sebarang maklum balas mengenai kontroversi pertelingkahan yang sedang dihadapi mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang