'Thank you co-parenting partner' – Ramai tersentuh ucapan ulang tahun Sharnaaz Ahmad buat bekas isteri, Noor Nabila
JARANG kita dapat lihat pasangan yang sudah bercerai berkongsi momen harmoni. Namun, lain pula ceritanya buat pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan usahawan jelita, Noor Nabila.
Baru-baru ini, Sharnaaz mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun buat bekas isterinya yang kini mencecah usia 40 tahun.

Melalui perkongsian di Instagram, Sharnaaz menulis kata-kata penuh makna mewakili dirinya dan anak lelaki mereka, Jebat Jayden:
“Happy birthday mummy from both of us. Semoga sentiasa berjaya dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal.
"Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur sampai ke hari-hari baju kelawar 24/7 dan ubat kolestrol…”
Ucapan itu diselitkan dengan gurauan nakal ala pekakon Blood Brothers yang sudah sinonim dengan sikap ‘sporting’ dan ‘real’.

HUBUNGAN BAIK
Dalam satu lagi perenggan, Sharnaaz turut mengungkap penghargaan terhadap peranan Nabila sebagai ibu:
“Have a wonderful 40th birthday. Both of us always proud for what have u achieved in this life.
"Thank you for always looking out for our boy… little bit too much for this boy lah but ok lah… nanti pak dia akan ajar ketenteraan sikit. Anyways have a super birthday @noornabila. Thank you co-parenting partner," ungkapnya lagi

Apa yang membuatkan ramai tersentuh ialah cara Sharnaaz dan Nabila mengekalkan hubungan baik walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Mereka jelas mengutamakan kebahagiaan anak, sambil menunjukkan contoh matang bahawa perceraian bukan penghalang untuk terus menghormati dan menyayangi sebagai keluarga.
Bukan semua bekas pasangan mampu mengekalkan aura sebegini, malah ada yang memilih jalan berasingan tanpa komunikasi. Tetapi Sharnaaz dan Nabila membuktikan, dengan sikap terbuka dan keutamaan terhadap anak, hubungan baik tetap boleh dieratkan.
BAPA CONTOH
Ramai netizen di ruangan komen turut memuji keakraban mereka. Ada yang menyifatkan Sharnaaz sebagai “bapa contoh” kerana sentiasa menghargai ibu kepada anaknya.

Malah ada juga yang kagum melihat Nabila yang kekal tenang dan menyokong perjalanan Jebat walaupun selepas rumah tangga berakhir.
Kata orang, co-parenting bukan perkara mudah. Ia memerlukan kematangan, komunikasi dan sikap saling hormat. Namun, Sharnaaz dan Nabila seakan menunjukkan ‘blueprint’ terbaik, selit dengan lawak jenaka, sokongan moral dan fokus kepada kebahagiaan anak.
Momen ulang tahun ke-40 Nabila itu bukan sahaja diraikan dengan ucapan manis, tetapi juga dengan aura positif yang wajar dijadikan inspirasi.
Dalam dunia selebriti penuh kontroversi, hubungan harmoni seperti ini membawa mesej penting: cinta boleh berakhir, tapi kasih sebagai ibu bapa tetap kekal selamanya.
Happy Birthday, Nabila! Semoga terus sukses dalam kerjaya, kehidupan, dan pastinya, dalam membesarkan si comel Jebat Jayden.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
