‘Thank you for being my home.' Neelofa kenang pengorbanan ibu, ucapan hari lahir undang sebak!

No Image Caption
A
A
A

 

SEMALAM merupakan hari ulang tahun kelahiran ibu kepada selebriti popular, Neelofa. Kapsyen ringkas namun penuh makna itu disertakan dengan penghargaan istimewa buat ibu tercinta, Noor Kartini, yang selama ini menjadi tulang belakangnya.

“Growing up, especially in my younger days, you were more than just a mother. You were my best friend. I followed you everywhere. Even when you were napping. I would sit right next to you doing my homework. My whole world back then was just wanting to be the best version of myself, for you.

“Bila masuk MRSM, I started to be more independent but deep down, hati kecil masih bertaut pada doa mama yang tak pernah putus.

“As I grew older, you have always been my biggest supporter, never once failed to make doa for me, always shared your thoughts on what I love, dengan penuh kasih dan encouragement. You never made me feel small, only more seen and more capable,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau menjadi saksi bahawa ibunya, insan yang sentiasa bekerja keras demi hasil terbaik bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk seluruh keluarga.

Sejak kecil lagi, acapkali ibunya berpesan agar belajar bersungguh-sungguh.

Apa yang beliau kecapi kini sudah tentu hasil daripada pengorbanan seorang ibu yang mahukan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Doa seorang ibu tiada hijab. Apatah lagi jika ia membasahi bibir setiap hari demi melihat kejayaan anak-anak. Doa ibu jugalah yang membentuk siapa dirinya pada hari ini.

“Thank you for being my ‘home’. Syukur pada ALLAH for you. Thank you for being the voice that never gave up on me. Thank you for your strength and your endless prayers.

“I love you forever, mama. Selamat Hari Lahir. Moga ALLAH panjangkan umur mama dalam rahmat, tenangkan hati mama sentiasa, murahkan rezeki mama dari arah yang tak disangka, dan dekatkan mama dengan syurga setiap hari. Amin ya Rabb,” katanya mengakhiri bicara.

Ruangan komen di Instagram selebriti berstatus ibu kepada dua cahaya mata itu turut dibanjiri doa serta ucapan hari lahir daripada para peminat buat wanita berkenaan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang